Sunday, May 8, 2011

Roti Sosej

Petang tadi, daripada dok lepak sesaje...selongkar fail roti, cari apa bende boleh cuba (x selongkar jugak benanya...udah beli sosej sesumpit, memang nawaitunya nak buat roti sosej)
belek nye belek, teringin nak cuba roti sosej mini Yani . punya la ramai dah test resepi ni. aku je yang baru masuk list.
sejak ade gewe baru ni, Mr BM, dia la yang banyak nolong...aku campak2 aje kat dalam tu dia la yang tolong ulikan...bila aje dia dah tit tit tit tit tu udah siap la tu... he he he

Moh kita semak resepinye...mane la tahu nak buat utk anak2 pulak nanti... CnP je dr MyR

Bahan-bahan ( 16 biji - aku dapat 10 je...maklumlah x potong 2 )

  • 140ml air
  • 20g telur
  • 250g tepung roti
  • 20g gula
  • 4g garam
  • 25g mentega
  • 3g (1 sudu kecil) dry yeast
  • 8g susu tepung
  • 8 btg sosej (bagi 2= 16btg)
  • susu segar utk sapu di roti

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker kecuali sosej. Ikut arahan pd breadmaker untuk buat doh roti
  2. Bila dah siap, keluarkan doh dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagiankan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
  3. Ambik sebiji doh, getel memanjang. Kemudian balut pada sosej. 
  4. Sapu roti dengan susu segar. Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit selepas dibakar utk kelihatan lebih perang.
  5. Keluarkan roti dari oven dan sejukkan.
Nak tengok gambor tak.. kalo korang tgk ada salah satu gambar tu nampak macam ulat bulu... HAH??? moh kita tgk...

Yang ni seketui aku goreng...sebab nak bagi dua adunan tu sosej dah abes. Aku ni buleh tahan crazy jugak dengan roti sosej. kalau pi tesko tu memang sokmo aku beli dua ketui... dah 3 ringgit lebih (skrg x tau wape....)

ni le poooojaaaan hatiku yang baru...dah beli mahai-mahai, jenuh nak ngayat kupon, sekali seminggu mesti kerja haaaa.... kalau korang tgk betoi2 yang ketiga tu macam ulat bulu le pulokkk... eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee seb baik aku dh potong2 bawak pi makan bdk2 tadi....
pada sesape yang ada belum ada gewe baru ni, baik kumpol2 pitis dari sekarang... aku dapat ni pun hasil kutu...baru nampak ada hasilnya... (kalau x duit abes entah ke mana.......................)

4 comments:

  1. nok beli jugop BM ni.tp tunggu kelik semenanjung dlu la.wat maso loni, mengerah tenaga 4 kerat menguli dlu.kalo buat roti @ donut, x pernah lg buat lebih drp 3 cawan tepung.x penat sgt nok menguli.

    ReplyDelete
  2. nuni...sblm ada BM tu, saya pernah jgk uli guna breadtangan ni...tapi purata roti yang jadik tu masa panas je sedap makan, lembut. bila sejuk sakit gigi2 nak kekoh... maybe sbb dkt CH ni udara dia sejuk kot @ saya malas uli (ki ki ki)... rasa giveup nak buat manual

    ReplyDelete
  3. salam..senang ada mesin tu kan, tak adalah lenguh tangan..akak buat juga roti sosej tapi guna roti gardenia :)

    ReplyDelete
  4. memang kak...cuma kena sabar menunggu je.... he he he

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]