Sementara menunggu nak gosok baju tadi, sempat jugak CS membaking. dalam perjalanan balik tadi dah terfikir nak buat sesuatu untuk HARI GURU esok... CS selalu jugak meninjau di blog Kak DJ yang glemer dengan pelbagai jenis kek yang cun melecun dan sedap2 tu.. pastinya ramai yang telah mencuba resepi ni. cuma CS je baru sampai seru nak buat.. :) baru2 ni pulak kak DJ mengupload salah satu resepi kek eggless di MyR.
CS pk2 gempak jugak kalau buat kek ni.. bahan2 nye simple, caranya mudah je. Jom kita tgk resepi...Mintak izin CnP ye kak DJ (Resepi asal di sini)
Bahan-bahan :
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 cawan serbuk koko (CS guna Van Houten)
- 2 sudu besar susu tepung
- 1 1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
- 1 cawan gula perang
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco (CS guna serbuk kopi je... heeeeee)
- secubit garam
- 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
- 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
- Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
- Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
- Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
- Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak.
- Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
hmm...kek yg moist mmg sedap dimakan mcm tu je walaupun xde topping.
ReplyDeletesalam....
ReplyDeleteresipi yg sangat best.....
* folo ur blog..
nuni... CS lebih gemar kek coklat yg ada topping gitu... syok... tapi yang ni pun dah test seketui dua...
ReplyDeletesekamar rindu : terima kasih... (*_*)
ReplyDeletecheqsue, nuni bukan juga x suke nk makan yg topping, cuma dah x nyempat nk buat topping, dh ngap dlu. lebih2 lagi kek moist tanpa telur.
ReplyDelete