Sunday, May 22, 2011

Roti Sosej - Doh asas


Sebenarnya roti sosej ni CS buat sebaliknya dari Ipoh semalam untuk dibawak ke tempat makan2 di kuarters. Dengan menggunakan e-book kesayangan dari Ros Jintan Manis dan rujukan di MyR, CS terus je mintak befren CS adunkan. Ngam2 je masak pukul 8, bawak panas2 jamu kengkawan... Pagi ni ada tinggal seketui buat sarapan. Alhamdulillah sedap dan masih lembut.
Jom kita tgk resepi... (Macam biasalah, tuan resepi mintak copy ye....)




ROTI SOSEJ - DOH ASAS
Rujukan : Kak Fida MyR

Bahan-bahanya :
300gram tepung roti
50gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
2 sudu besar butter@marjerin
180ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux
* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu
*untuk topping*
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese

Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. 
Selamat Mencuba.

* P/s : xleh nak upload le pulak gambornye... apa pasai tak tau... tgk la nanti2 CS cuba pulak
(guna ink merah, tanda geram..... @#$%^&*)


* Dapat haplod sekeping, tapi masih geram lagi...

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]