Tuesday, May 24, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 9


Iman mengambil begnya di bahagian simpanan beg.
Dah sampai ke JB!
Turun dari bas dia segera menuju ke Marry Brown, tempat yang dijanji dengan Firdaus yang datang menjemputnya. Dua hari tidak bertemu lelaki itu terasa ada rindu yang terbuku didadanya. Selepas sembahyang Asar di surau, mereka bergandingan berlalu dari terminal bas Larkin yang penuh sendat dengan manusia menuju  ke Pantai Lido.
Tak ramai orang di situ. Mungkin juga sebab hari dah petang.
Arghh…penatnya badan!
Iman melemparkan senyuman pada Firdaus. Memandangnya sepuas hati, meleraikan rindunya. Fikirannya nakal memikirkan apakah hadiah yang bakal diberikan Firdaus.
“Selamat hari jadi sayang!” Ucap Firdaus lalu menggenggam tangan gadisnya.
 Buat pertama kali Firdaus memanggilnya dengan perkataan itu.
Romantik jugak mamat ni.
“Mana hadiah?” Dengan muka selamba dia meminta.
Firdaus mempamerkan senyumnya yang dulu menjerat Iman. Hansem. Cute sangat. Dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sesuatu dalam kotak kecil.
Apa tu?
“Saya harap Iman sudi menerima hadiah ni.”
Cincin!
Firdaus mencapai jari manisnya dan menyarungkan cincin itu. Dia mengucupnya lembut. Seketika Iman tergamam. Terkejut dengan perbuatan itu. Apa maksud Firdaus berbuat begitu kepadanya?
“Saya tak ada maksud apa-apa Iman. Saya hanya nak Iman tahu yang saya benar-benar sayangkan Iman. Kalau boleh Iman pakailah cincin ni selalu, biar saya sentiasa dekat dengan Iman.” Kata-kata itu menjawab segala persoalan di benak Iman.
Iman memberikan senyumannya yang paling manis untuk lelaki yang amat disayanginya itu. Bagai mana dia nak cakap yang dia jugak sayangkannya? Semoga dia tahu perasaan yang sedang mekar dalam hatinya. Firdaus meraih Iman dalam pelukan. Pertama kali diperlakukan begitu, terasa sangat berdebar di dadanya. Namun dia tenang dan mereka sama merenung matahari yang hampir terbenam. Sesungguhnya dia tidak ingin berpisah lagi dengan lelaki itu...

                                                                     *****                                    

Iman merenung surat yang baru di ambilnya dari luar. Helaian kertas yang ada dalam sampul coklat itu ditarik keluar. Di bahagian kiri sebelah bawah sampul tersebut tertera logo Syarikat Pembinaan Jaya Maju yang beralamat di Butterworth, Pulau Pinang. Memang dulu dia ada menghantar permohonan jawatan Eksekutif Sumber Manusia di syarikat terbabit. Namun tiada gembira di hatinya. Setelah empat kali permohonannya ditolak, dia hampir berputus asa. Namun dia tetap juga mencuba. Mana tahu…ada rezekinya. Dia percaya Tuhan itu maha adil terhadap hamba-hambaNya.
 Satu demi satu baris ayat dalam surat itu ditekuninya. Namun dia bagai tidak percaya bila ada baris yang menyatakan tarikh dan tempat temuduga untuknya. Dia mengulanginya berulang kali. Memang sah…tarikh yang dinyatakan adalah dua minggu dari sekarang dan temuduga tersebut dibuat di  ibu pejabatnya di Butterworth. Ala…temuduga saja, belum tentu dapat atau tak!
Segera dia menelefon ibunya. Tak sabar untuk memberitahu berita itu. Memohon restu.

*****

Iman mengambil cuti kecemasan dua hari untuk menghadiri temuduganya. Membawa debar yang hebat bersama, dia tabahkan jugak hati untuk ke sana. Apa salahnya mencuba. Tak rugi. Lagipun takkan dia hendak bekerja selamanya di kilang itu? Apa guna ilmu dan ijazahnya? Firdaus menghantarnya ke Larkin pada malam dia hendak ke Pulau Pinang. Memang sayu hendak berpisah, walaupun hanya dua hari namun akan ada jiwa yang tidak senang nanti. Iman bertentang mata dengan Firdaus. Biar wajah itu sentiasa ada di hatinya. Tepat jam 10 malam, Ekspress Utara yang akan dinaiki Iman tiba di terminal yang dinanti. Sebelum dia melangkah ke dalam bas, terlebih dulu telapak tangan Firdaus dikucupnya.
Good luck. Nanti dah sampai sana telefon ya.”
Iman mengangguk. Langkahnya longlai di atur ke tangga bas.
Selamat jalan sayang. Doakan kejayaanku. Pergiku tidak lama, bawa bersama segala kenangan kita!

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]