Assalamualaikum semua...
Hari ini hari minggu, hari berehat dan bermalas-malasan katanya.. CS dah xleh tido xtra...bukak tv tgk buletin pagi. Semalam negara kita dikejutkan dengan tragedi tanah untuk yang melibatkan adik2 dan penjaga dari rumah anak yatim di Batu 14, Hulu Langat. CS pernah sampai kat tempat tu.. Tahu la kat mana letaknya...
Seriusnya, CS baru tahu semasa berblogwalking semalam. Bila tgk N3 kengkawan spt Melur Jelita, Kak Ayu, Cikgu Iman Ipoh baru CS tahu. Mana taknya, semalam CS ada hal di Ipoh, malamnya ada makan-makan di kuarters. Balik baru tahu... Innalillah...Dan rata-rata purata umur yang terlibat masih di kalangan anak-anak, masih muda belia. Ya Allah... Allahuakbar... Sesungguhnya marilah kita berdoa semoga roh mangsa-mangsa tragedi ini ditempatkan di Syurga. Dengan air mata berlinangan, sedu yang tertahan, CS pastinya antara salah satu penduduk di Malaysia yang sama bersimpati dengan kejadian yang menimpa...
Dan pagi tadi juga CS mendapat SMS menyatakan emak member telah pulang ke rahmatullah semalam. CS memang kenal emaknya itu, dan sentiasa membahasakan dirinya Mek bila berbicara. Ya Allah... begitulah kuasa Ilahi, apabila telah sampai masa yang dijanji, takkan terlewat atau tercepat sedikitpun... Takziah kepada Zam Zuri dan Kak Imah sekeluarga.
Dan dari sudut hati ini, Al-Fatihah mengiringi................................
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]