Apam snow white, seindah nama, secantik rupa, sesedap rasa. Cerita pasal apam ni… sebenarnya CS terpaksa membuatnya.. Bukan apa, balik sekolah tadi tgk2 nasi yang berbaki dalam periuk tu dah agak2 berair. Hummmm itu adalah tanda yang nasi tu sudah hampir basi. Adui…sedihnya. Sepatutnya semalam CS habiskan nasi tu… Untuk mengelakkan pembaziran, CS fikir bagus jugak kalau dibuat apam. Resepi QnQ MyR ni memang dah ada dalam simpanan, dan memang sentiasa dibuat bila ada nasi lebihan. Untuk apam kali ni, CS bilas dulu nasi tu dengan air dulu. Yelah…mana tahu…kang ada yang sakit perut pulak makan ni. CS harap xde la yang tak elok nanti. InsyaAllah…
Kalau dilihat pada penghantaran laporan di MyR, memang ramai dah mencuba resepi ni. CS pernah ternampak apam ni di dapur noorsha. Cantik apam dia gabungan biru, pink dan putih..
Jom kita semak resepi… CS buat setengah adunan je. Nasik tu ngam2 satu cawan..
APAM SNOW WHITE
Bahan-bahan
- 3 cawan tepung beras
- 1 cawan tepung gandum
- 2 cawan gula pasir
- 1 packet mauripan@ibu roti
- 2 cawan nasi
- 3 cawan air
Cara-cara
- masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
- gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu
- kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur
- campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan
- biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...
- selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit
- note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan.
- CS blend je gula + air + nasik, kendian masukkan tepung beras dan tepung gandum, sebab ada sikit2 enzim M gitu...
Tadaaaaa.... kuning hijau, Kedah mai
Dan sudah tentulah apam ni sedap dimakan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Heeeeee……jemput makan semua…
kat sabah susahnya nk dpt kelapa parut...tp makan tanpa kelapa pon sedap...siap kene mintak resepi lagi...heheh
ReplyDeletenuni blh guna kelapa kering tuh... kukus sikit... walaupun x sama, cukup sbg pengganti...
ReplyDeleteowh...yeke...? mmg boleh jd lembut juga ek?
ReplyDeletebila pulak maklong nak cuba buat apam niii.. tengok CS punya apam terliur lah.. terliur nak buat bukan nak makan.. hehehe..
ReplyDeleteNuni, cuba test la... hasil x la selembut kelapa biasa tapi kira okeh la...
ReplyDeleteMaklong... kebetulan nasik tu...sayang nak buang... dah jadi apam ni sedap sket makan
ReplyDelete