Thursday, May 26, 2011

Novelog 2 : Kisah Aku Dan Dia - Ep. 10

Mana Firdaus ni?
Iman meninjau-ninjau ke tempat parking. Tiada. Hairan. Macam mana boleh tak ada sedangkan tadi dia yang telefon suruh tunggu dekat bawah. Dah sampai katanya. Geram pulak Iman. Memang menjadi pantangnya orang yang tidak menepati janji. Baru saja dia hendak menelefon balas, Firdaus muncul di depannya dengan sejambak bunga ros merah. Tak jadi dia nak marah, sekadar tersenyum saja.
“Kenapa lambat?” Ringkas soalnya tapi penuh makna.
Sorrylah Yang. Abang  jumpa member tadi. Dah lama tak jumpa dia. Selisih dekat simpang tadi abang sembang kejap dengan dia.”
Yang?Abang? Lain macam aje bunyinya. Macam pelik je…
“Marah ke? Kan abang dah minta maaf.” Ulangnya lagi bila dilihat Iman hanya membisu dengan mukanya yang blur.
“Dahlah. Jomlah pegi.” Balasnya ringkas lalu membuka pintu kereta yang dia tak tahu milik siapa. Cuma dia rasa pernah tengok kereta tu…
Sepanjang perjalanan ke Plaza Angsana dia hanya diam memikirkan bagaimana mahu memberitahu Firdaus yang dia sudah dapat kerja di Syarikat Pembinaan Jaya Maju di Pulau Pinang. Pendingin udara yang sejuk tidak mampu menenangkannya. Lagu yang terpasang juga tidak mampu menghiburkannya.
“Kenapa ni? Abang ada buat salah ke? Kan tadi abang dah minta maaf. Iman jangan buat abang macam ni.”
“Tak. Iman tak marah pada abang.”
Alhamdulillah…dapat jugak dia menyebutnya.
“Sebenarnya Iman ada hal nak cakap dengan abang. Iman dapat kerja dekat Penang tu. Minggu depan Iman masuk.”
Bulat mata Firdaus mendengarkan apa yang Iman cakap.
Minggu depan?
 Maknanya dia hanya ada empat hari saja lagi bersama gadis itu?

Sungguh…
Tak rela berpisah darimu…
*****
Firdaus termenung melayan perasaannya yang sedang kacau. Agaknya bagaimanalah dengan Iman. Maklumlah hari ni adalah hari pertamanya bekerja. Kalau dulu dia dapat melihat Iman dari satu pandangan, sekarang dia kena belajar untuk menerima hakikat bahawa Iman kini jauh dari jangkauannya.  Kalau jauh jarak antara Penang dan JB dia masih tak kisah. Tapi yang pastinya dia hanya seorang pekerja kilang jika hendak dibandingkan dengan Iman yang lebih berjawatan. Ibu bapa Iman sudah tentu tidak akan merestui perhubungan mereka. Dia sudah mengalaminya dulu…sudah merasai lukanya!
Namun dia berharap dapat mengekalkan percintaan ini buat selamanya.

Di hati ini hanya tuhan yang tahu
            Di hati ini aku rindu padamu
            Tulus sanubari menantikan hadirmu
            Hanyalah kau gadis pilihanku…
*****
Berada  di Pulau Pinang, berjauhan dari Firdaus, banyak mengajarnya erti rindu. Dia sentiasa mengingati lelaki itu walau dalam apa jua keadaannya. Hanya telefon yang menjadi penghubung mereka. Pun begitu terkadang dia rasa agak segan kerana sekarang dia menetap bersama keluarga Mak Long iaitu kakak kepada ibunya. Nak tinggal bersendirian dia masih belum biasa dengan tempat itu. Lagipun abah yang menyuruhnya tinggal di situ dulu. Walaupun dia tahu sikap Mak Long yang agak suka menjaga tepi kain orang. Nanti macam-macam yang direportnya pada ibu. Pernah dulu dia cakap dengan ibu yang mereka asyik sangat bergayut di telefon. Terpaksalah dia curi-curi cakap  Kadang-kadang bila semua orang dah tidur barulah dia berani mengaktifkan handsetnya.
 *****
Iman melihat skrin handsetnya.
4  missed calls!
Firdaus!
Ada kekecewaan di wajahnya. Sebenarnya dia baru saja keluar dari meeting room. Mula dari 9 pagi tadi sehinggalah melewati waktu lunchnya. Perutnya berbunyi. Sejak kebelakangan ini segalanya menjadi tidak teratur. Belum tersusun lagi. Tugasnya banyak menagih tumpuan dan ketekunan. Apatah lagi dia seorang yang belum berpengalaman dan masih mentah dalam bidang tersebut. Cuma yang satu, dia rajin bertanya dan cepat pula memahami apa yang diajarkan kepadanya.
Dia memandang seketika ruang pejabatnya yang lengang. Hanya ada Mak Jah yang sedang menyapu lantai. Staf-staf yang lain masih belum masuk dari lunch break. Mengingati Firdaus, hatinya tidak tenang. Apa agaknya tanggapan Firdaus bila dia tidak menjawab panggilan itu?  Bukannya dia sengaja tidak mahu bercakap, tapi dia takut Firdaus berfikir yang bukan-bukan. Maklumlah ini bukannya kali pertama dia terjadi perkara seperti ini. Segera dia mencapai telefon di mejanya dan mendail nombor Firdaus.
 Mesej.
 Iman melihat jam di tangannya. Pukul 2.30 petang, patutlah. Dia  tidak suka diganggu ketika bekerja sebab itulah dia offkan handset.
I miss you so much!
“Hai Cik Iman…tak keluar lunch  ke? Jom sekali dengan I.” Nik Fauzan, Eksekutif Akaun menyapanya. Terkejut dia sebentar.
Memang lelaki itu tidak pernah putus asa untuk keluar dengannya, walaupun dia tahu Iman sudah berpunya.
“Tak apalah Nik. I dah kenyang la. Lain kali lah ya.”
I pegang janji you tu Iman.” Bersuara kecewa, dia segera berlalu dari meja.
Iman menyelak fail yang baru diberi oleh staf Jabatan Pengambilan dan Rekod kepadanya sebelum meeting tadi. Pura-pura sibuk, fikirannya masih berkisar pada Firdaus. Dia benar-benar berharap Firdaus akan menghubunginya kerana dia benar-benar rindu dengan lelaki itu…



No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]