Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu

Hari ini, seperti yang tercatat dalam kalendar dalam bilik aku ni...adalah HARI IBU. Mmmm Selamat Hari Ibu buat mek aku yang tersayang, dunia dan akhirat, 
PN AZIZAH BT ABDUL RAHMAN dan emak angkat aku sejak 
1998 PN MAZNAH

Mek aku ni x berapa suka nak bergambar, kene time2 je dia ok... punya la susah...

Kalau la direnung2 kembali, mek aku ni tersangatlah penyabar orangnya.. dengan 4 hero dan 2 heroin dia sentiasa memastikan keselamatan dan kebahagiaan kami. dari muda sampai ke tua dia x pernah menyusahkan kami adik beradik. dia tak pernah meminta wang ringgit, x pernah mendambakan perhatian secara zahir malah sentiasa saja memberi sokongan.  aku masih ingat ketika dia jatuh tahun lepas, kakinya patah. 
tapi xde pulak dia talipon memberitahu. nasib baik abang aku cakap...

siapa yang tidak sayang ibu masing-masing? sudah tentunya kasih sayang itu melebihi segala2 nya di dunia ini. dialah insan yang membawa kita ke dunia. insan yang bersabung nyawa, memperjudikan keselamatan dirinya demi insan yang dikandung 9 bulan dalam perutnya. sedari kecil sehingga kini, dia selalu menjaga aku. dia risau kalau aku kenapa-napa... dan kalau aku kenapa-napa dia setia merawat aku seadanya...
dia menjadi doktor tanpa disedari, cikgu yang sentiasa mencurah ilmu, pakar kaunselor yang sentiasa merawat jiwa lara, pengurus rumah tangga, tukang masak, tukang urut, tukang kebun dan segala-gala tukang lah...murninya pengorbananmu ibu...
sebenarnya sebagai anak kita memang kena sentiasa mengutamakan ibu (dan keluarga) tentunya. dia pernah bercerita pada aku, kadang2 anak2 ni buat2 lupa...x pernah bercerita apa2 pun padanya (dussshhhhh...kekadang aku pun ada...), tak pernah bertanya khabar... tapi ye lah... kekadang kecik hatinya dek anak2 yang beragam rupa.cuma aku bersyukur sesangat sebab dapat balik menjenguknya paling tidak sebulan sekali... kadang2 bila balik ke sana sini diajaknya aku pergi... kekadang bila mikirin dia risau jugak sebab 3 beranak di kampung,  kesihatannya x berapa memuaskan. kebelakangan ni dia selalu pening, demam berlarutan dan batuk berterusan. ish ish ish... insyaAllah balik cuti nanti, aku akan bawa dia ke tempat sepatutnya untuk berubat

agaknya nanti bila tiba saatnya, bagaimana aku akan menjalani kehidupan ini sebagai seorang ibu pulak...

" YacAllah Ya Tuhanku, Engkau lindungilah ibuku, Engkau berikanlah dia kesihatan dan kesejahteraan. Dengan rahmatMu yang tidak terjangkau, Engkau peliharalah semua keluarga dan insan-insan yang aku sayangi..."

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]