Masa yang berlalu terasa amat cepat. Tanpa sedar sudah hampir tiga bulan Iman dan Siti menjadi minah kilang sementara menunggu peluang kerja di tempat lain yang lebih best. Dan sudah tiga bulan jugalah dia mengenali Firdaus. Dalam tempoh itu Firdaus sangat baik padanya. Jauh sekali menyakiti hatinya. Ketulusannya terserlah. Bukannya di buat-buat. Itulah yang buat Iman senang berkawan dengannya. Malah kini dia sudah mula pandai merindu jika dia tidak bersua dengan lelaki itu.
Perasaan apakah ini?
“Hai Siti, tak keluar ke malam ni?” Tanya Iman walaupun dia tahu memang Siti akan keluar. Pasangan yang baru declare itu banyak menghabiskan masa bersama selepas kerja. Tambah lagi berada dalam syif yang sama.
“Kau ni tanya aku pulak. Sepatutnya aku yang tanya kau. Semenjak dua menjak ni asyik berkepit aje dengan Firdaus tu. Ada apa-apa ke?”
“Mana ada apa-apa. Aku ngan dia biasalah. Keluar makan free orang cakap…”
“Aku pegi dululah Iman. Aku nak kena pegi ambik dia ni.”
Iman hanya menganggukkan kepala. Sebenarnya dia sedang mananti kedatangan Firdaus yang sudah berjanji hendak ke Pantai Lido dengannya. Sengaja dia tidak memberitahu Siti tentang datenya yang agak istimewa hari ini. Ketika dia menyudahkan sentuhan terakhirnya, kedengaran bunyi motor Firdaus yang sudah familiar ditelinga. Segera dia keluar dan mendapatkan Firdaus. Kali ini dia mengenakan blaus yang Firdaus hadiahkan kepadanya minggu lepas. Biar kembang hidung mamat tu bila Iman menghargai pemberiannya. Tak berapa lama selepas asyik berbalas senyum mereka akhirnya menuju ke destinasi yang telah dijanjikan.
“Iman, saya ada sesuatu nak dicakapkan dengan Iman.” Firdaus memulakan kata sebaik sahaja mereka tiba di pesisir pantai yang tidak berapa ramai pengunjungnya pada malam itu.
Iman yang berdiri disebelahnya hanya mendiamkan diri kerana dia berasa agak berdebar-debar dengan perlakuan Firdaus pada kali ini.
Firdaus merenungnya lama sebelum menyambung kata…
“Sebenarnya saya dah lama sukakan Iman. Saya cintakan Iman. Kalau Iman sudi saya ingin Iman jadi teman saya. Saya tak kisah apa Iman nak kata tentang diri saya tapi saya dah tak dapat nak menipu. Saya benar-benar menyayangi Iman.”
‘Terkejut badak’ jugak Iman mendengarkan kata-kata Firdaus tu. Memang dia tak sangka. Selama ni Firdaus telah menunjukkan kasih sayangnya tapi Iman hanya buat tidak tahu saja tapi kali ini dia telah melafazkannya! Sungguh tak sangka. Bagaimana dia hendak membuat keputusan sedangkan dia tahu bagaimana perasaannya terhadap lelaki itu.
“Awak belum mengenali saya dengan sebetulnya Firdaus. Masih banyak…”
“Saya tahu tapi saya akan berusaha untuk memahami awak.” Tulus bunyinya…
Iman terdiam seketika. Perasaannya berbelah bahagi. Dia sayangkan Firdaus tapi dia tidak pasti sama ada dia menyintainya. Dia takut jika dia menerima lelaki itu kerana simpati, bukan kerana perasaannya yang sebenar.
Sejenak dia berfikir sebelum memandang ke arah Firdaus. Dia menghulurkan tangannya kepada Firdaus. Bila tangan mereka bertaut dia dapat merasakan ada kehangatan yang mengalir ke jiwanya.
Apa salahnya dia memberi peluang pada dirinya sendiri dan juga pada Firdaus.
Dengan segera dia mengucup telapak tangan Firdaus yang agak sejuk. Dalam debaran yang hebat dia berkata..
“Kita akan cuba bersama tapi saya tak jamin setakat mana saya boleh membahagiakan awak. Dan awak ada pilihan lain jika saya tidak dapat memberi apa yang awak nak. Cuma saya berharap kita saling mempercayai dan tidak terlalu mengongkong diri kita.”
Dia berhenti sebentar mengumpulkan kekuatan untuk berkata-kata kembali..
“Saya tak mahu kita menjadi pasangan kekasih sahaja tapi saya mahu kita menjadi teman dan sahabat yang tidak ada rahsia.”
Panjang lebar jawapannya.
Firdaus mengangguk. Dia membalas kembali kucupan di telapak tangan Iman dan berkata...
“Saya akan membahagiakan dan memberi Iman segala kasih sayang saya. Terima kasih Iman.”
Saat itu dengan disaksikan bulan dibalik awan dan gemersiknya ombak yang berlagu riang, dua insan itu bersama bergandingan tangan menyusuri tepian pantai dengan seribu perasaan yang baru bercambah di dalam hati…
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]