‘Kau
kenapa ni Mat? Mak tengok sehari dua ni kau lain macam saja. Ada masalah ke?’
Mak
Mah mengajukan soalan kepada anaknya yang sedap menghirup kopi. Wajahnya yang
redup menyimpan seribu makna. Sebagai ibu dia tahu anaknya menyorokkan sesuatu.
‘Masalah
apa pula mak?’
‘Habis
tengok muka kau macam tempoyak basi ni kenapa?’
‘Hish
mak ni, ke situ pulak fikirnya. Mat ok la mak, cuma ada la hal nak selesaikan
sikit.’
‘Hal
apa pulak? Cuba cerita dengan mak mana tahu mak boleh tolong.’
‘Mak
ada nak ke mana-mana tak hari ni?’
‘Kenapa?’
‘Petang
nanti anak-anak balik, saya ada hal di luar sekejap lagi ni. Boleh mak
uruskan?’
‘Dah
itu kerja aku lagi kau nak tanya… boleh la sangat!’
Che
Mat sungguh berterima kasih kepada emaknya yang sentiasa memberi sokongan. Hari
ini dia mahu berjumpa dengan abang sulung Zainab iaitu Zamani. Dia tidak boleh
berlengah lagi. Lagi lama dia tunggu, lagi tak keruan dibuatnya.
‘Abang
dah lama sampai?’
‘Eh
tak adalah. Baru aje. Air pun abang belum order lagi.’
Seketika
kemudian seorang pelayan datang membawakan kad menu. Che Mat memesan kopi
panas, dengan harapan dapat menghilangkan degup gugupnya sekarang.
‘Ada
apa kau nak bincangkan dengan abang ni Mat?’
Che
Mat menghela nafas panjang. Dia tidak pandai mengatur kata berkias-kias. Semasa
mahu menyunting Alya dulu dia terus ke rumah
bertemu kedua orang tuanya. Cuma kali ini dia mahu memaklumkan abang Zamani
terlebih dahulu. Kalau terus ke rumah ibu bapa Zainab bimbang dikata gelojoh
pula.
‘Apa
pandangan abang kalau saya menyunting Zainab menjadi isteri saya?’
Nah,
apa yang ditunggu sudah dikeluarkan. Zamani tersenyum.
‘Mat,
kau sukakan Nab?’
Zamani
berpura-pura terkejut. Dia sengaja mahu menyakat Che Mat. Walaupun dia belum
pasti dengan perasaan Che Mat terhadap Zainab, tetapi perkara itu sudahpun
dibincangkan bersama isterinya. Dia kenal Che Mat dah lama. Dia tahu lelaki itu
bagaimana. Tetapi sebagai pihak perempuan, dia tidak mahu memulakan langkah.
Bila Che Mat dah bagitahu ni alangkah sukanya dia. Dia memang mengharapkan Che
Mat untuk bersama Zainab.
‘Boleh
tak bang?’
Che
Mat bertanya lagi. Dia sebenarnya dah cukup gementar dengan balasan kata Zamani
tadi. ‘Abang macam tak percaya je kau suka dengan Zainab. Kau ni betul ke Mat?’
‘Abang,
walaupun Nab tu janda anak dua, dan saya ni duda anak tiga, tapi itu tak
menjadi masalah. Saya mahu dia menjadi ibu untuk anak-anak saya dan saya nak
jadi ayah untuk anak-anak dia. Kami ni sama saja bang. Saya dah lama sukakan
dia, dan kali ni memang saya tak akan lepaskan dia lagi.’
Maksudnya
Che Mat memang sukakan Zainab sejak dari dulu. Patutlah semasa pernikahan
Zainab dan arwah Daus, Zamani boleh nampak kesedihan di wajahnya.
‘Sebenarnya
Mat, abang dah lama fikirkan hal ni. Abang cuma tunggu kau je. Bila kau dah
cakap, dah tanya ni pandai la abang uruskan.’
‘Abang
dah tahu?’
‘Abang
dah tahu perasaan kau pada Zainab sebenarnya tetapi abang memang nak kau jadi
suami Zainab. Abang nak kau bahagiakan dia, kau sayang anak-anak dia. Dia
berhak bahagia Mat. Kau jangan risau, abang akan pastikan kau berkahwin dengan
dia.’
‘Abang
jangan bagi tahu dia dulu ya. Saya nak beritahu anak-anak dulu. Saya dah buat
rancangan.’
‘Terima
kasih Mat. Terima kasih.’
*****
Zainab
baru sahaja siap sembahyang Isyak ketika Qalish masuk ke bilik.
‘Kenapa
sayang?’
‘Umi,
nanti boleh tak kita pergi berkelah dekat pantai?’
‘Berkelah
apa malam-malam ni?’
‘Bukan.
Bukan malam ni la umi. Cikgu Qalish cakap, nanti kena buat tugasan menggubah
kulit kerang, jadi Qalish nak la ke pantai. Boleh tak umi?’
‘Boleh
la umi… Qadeer pun dah lama tak ke pantai.’
Usul
Qadeer yang tiba-tiba juga masuk ke biliknya.
‘Bila
Qalish nak hantar tugasan tu?’
‘Minggu
depan umi. Bolehlahhhh…’
‘Jom
la umi. Kita ajak abang Qaish dan abang Qayyum sekali.’
‘Ha
ah umi. Kakak Qasseh pun mesti nak ikut juga.’
Peliknya
anak-anak malam ini. Manjanya lebih, rupa-rupanya manja ada sebab.
‘Iyalah,
nanti kita pergi.’
‘Jangan
lupa tanya papa jugak tau.’
Kata
Qalish lagi. Kalau nak ke mana-mana dia memang tak lupakan papanya. Siapa lagi
kalau bukan Che Mat. Tiba-tiba sahaja Zainab terusik di dalam hati. Bagaimana
dia mahu meluahkan perasaan ini. Sejak kebelakangan perilaku Che Mat sering
menyentuh ke lubuk hatinya. Lelaki itu kerap menggunakan perkataan ‘anak-anak’
sebagai ganti ‘anak-anak awak’ sebelum ini. Entah mengapa dia sangat selesa
dengan perkara itu, tidak seperti sebelum ini yang menyebabkan dia merasa
libang ibu. Selain Qasseh yang sentiasa memanggilnya mama, dan Qalish yang
memanggil Che Mat papa, Zainab sesungguhnya hanya mampu berserah kepada Yang
Esa tentang suratan hidupnya. Dia bukannya mahu melupakan arwah suami tetapi
segalanya demi anak-anak.
Dia
menggapai kotak yang berbungkus cantik hadiah lelaki itu dari Brunei. Dia belum
ada kekuatan untuk melihatnya. Tetapi malam ini entah mengapa perasaannya teruja
untuk melihat apa yang terkandung di dalam. Perlahan-lahan kotak itu dibuka.
Sepersalinan
kain sembahyang dan sepasang kain sutera berwarna kelabu. Ahh…sungguh cantik
sekali. Zainab merasai kelembutannya… apakah yang cuba disampaikan oleh Che Mat
dengan pemberian sebegini?
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]