Tomato : Dari Ladang Ke Rumah
Pernahkah kita terfikir apakah proses2 yang dilakukan terhadap buah tomato sebelum dijual @ dipasarkan? Cheq sue sebab ada silibus dalam bab2 tomato ni, so ada la sikit pengetahuan. Dalam kursus baru2 ni di adakan juga lawatan ke sebuah ladang tomato yang terbesar di CH di Blue Valley, kalau saja2 nak masuk memang tak boleh. Pengeluaran tomato di ladang ni dengan anggaran pendapatan RM1j sehari. Phewwww... Memang rambang mata melihat kat ladang tu. Segala proses dikendali menggunakan komputer kecuali aktiviti yang memerlukan tenaga manusia seperti mengangkat dan menurunkan buah. Jom kita tengok gambar2 ni pulak.
Ini antara sebilangan raga dengan muatan tomato yang dikutip. Boleh bayangkan betapa banyaknya hasil tomato setiap hari kan? Ini sebilangan aje, yang tak masuk dalam gambar lagi banyak dari yang ini.
Tomato yang di dalam raga tu tadi akan dimasukkan ke dalam bekas pengumpulan ni. Kalau tengok ada kotak hijau tu adalah sensor yang akan mengawal kenaikan buah tomato ke proses seterusnya. Buah tomato ni bercampur dalam beberapa peringkat dan kematangan berbeza.
Yang ni pulak ibarat jambatan untuk ke proses membersih.
Kat sinilah tomato tu dibersihkan samada guna air atau campuran racun kulat. Bagi penghantaran jauh, seperti ke Singapura atau Hong Kong, racun kulat tu perlu untuk mengelakkan buah menjadi reput @ busuk. Kalau untuk pasaran tempatan rasanya xde proses2 ni bagai.
Selepas proses pembersihan (atau rawatan) buah tomato ni akan dibersihkan dengan berus lembut dan dikeringkan dengan bantuan kipas bagi memastikan buah benar2 kering
Bila dah betul2 kering, buah2 tomato ni akan melalui convayer untuk ke bahagian yang telah ditetapkan iaitu digred mengikut berat (weight)dan kematangan buah (ripeness). Kesemua proses ni dikontrol menggunakan komputer. Pekerja hanya perlu memasukkan sahaja buah yang terkumpul ke dalam kotak dengan beratnya sebanyak 10 kg
Bila dah siap masuk dalam kotak, ia akan bergerak ke mesin apa tah ni...khas untuk pasang pelekat atas dan bawah kotak.
Tadaaaa... dah siap! Kalau tengok kat kotak tu ada maklumat pengusaha iaitu K.C KWANG & SONS SDN BHD (dikenali juga sebagai Tomato King), ripeness buah dan saiz. Yang di dalam kotak inilah yang akan dihantar ke tempat anda, siapa tahu...
Cheq sue harap dengan maklumat ni dapat memberi sedikit pengetahuan buat kita semua. Wassalam... Note : Selamat Hari Pekerja ^_^
canggih betol sekarang ni. tomato pon dieksport sampai hongkong. yela kot sebab tempat tu kan kepulauan kecik. mane de org tanam tomato.bestnye cheqsue bleh pegi tempat mcm tu. kite suke kalo masuk kilang2 ni.sebab dapat tahu macam2.
ReplyDeleteTerima kasih Ila,
ReplyDeleteyang proses pembersihan guna racun kulat tu yang kena hati-hati.... tapi memanglah ada beza tomato tempatan dengan tomato yang siap melalui pemprosesan begini.... yang ini jauh lebih cantik!
jom weh mtk kijo time cuti...dapat sejuta sehari..upah p mahal..hok anak beranak sapa ni?
ReplyDeleteTau makan aje...
ReplyDeletejom kita pindah ch tanam tomato. Untung2 boleh jadi jutawan hehe
ReplyDeletesalam.. kak ilah sekeluarga dah sampai blue valley nie tapi kat kebun tepi jalan jer..siap beli sayuran dari ladang..tak dpt lah pula tgok tomato huhuu..kak peminat kebunan...
ReplyDelete