Sunday, October 25, 2026

Laksa Sarang Tok Jembal, Terengganu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau ke Terengganu, atau ke kawasan Gong Badak / Tok Jembal, ini adalah tempat yang WAJIB dikunjungi ya. Di sini memanglah menjadi tumpuan. Kalau hujung minggu tu kadang-kadang menunggu untuk dapat meja padahal makan laksa je kottt... Itulah nak buat macam mana laksanya very the special gittew!


Satu masa dulu laksa sarang ni memang menjadi fenomena. Sana sini situ semuanya buat. Walaupun begitu ada yang dah berkubur seiring masa. Namun ini satu-satunya kedai yang masih kekal dengan menu utamanya laksa sarang. Sedap ke? Bagi saya sedap, cuma sedikit pedas 😋 Tapi kalau yang suka pedas tu memang kena tambah cili potong la jawabnya




Susunan mangkuk laksa dan yang dibungkus untuk bawa balik. Seronok tengok staf bekerja, macam lipas kudung ke sana sini tapi mereka tak ada yang sejenis sombong atau tak hiraukan pelanggan. Seboleh-bolehnya mereka layan dengan sempurna.


Sementara nak tunggu, makan kopok dululah. Selalunya makan keropok berbayar ni sedap dia lain dari yang kita goreng sendiri. Kan???


Wajib order, laksa sarang tanpa cili potong sebab taknak membazir. Untuk dapat telur sarang sebesar tu tak pastilah berapa biji telur digunakan, pastu tambah pulak dengan telur gedik sebiji, memang tinggi protin laksa ni. Untuk budak kecik order nasi air kanak-kanak. Itu pun banyak portion dia dan sedap walau tak cukup bahan. Panas-panas minum teh O beng memang ngam. Walaupun kedai di tepi pantai tapi tetap panas sikit


Closed up sikit bagaimana sarangnya. Agak-agak semut sesat tak dalam tu? Hehehe.. Harga semangkuk ni RM8 je, boleh add macam-macam bahan, tinggal add on duit aje..


Kalau nak makan ABC, boleh cuba mesin sendiri. Korang nak bubuh bahan apa ikut suka lah, macam mana sedap kejadiannya pun tak boleh refill ya


Kedainya kalau sekali pandang koman je, guna kayu dan sebagian batu-bata tapi jangan dipandang pada rupa. 


Antara menu yang ada, bole pilih mengikut citarasa. Ada juga kopi-kopi zaman now kalau kata nak layan di tepi pantai. Harga standard kawasan tumpuan, sepadan dengan rasa yang sedap.. Kalau datang ke sini, singgah-singgah la ya..

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]