Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Masak tempoyak kali ni agak pekat kuahnya sebab nak menghabiskan tempoyak dalam peti. Saya memang suka masak tempoyak, dan lebih suka buat sendiri sebab kita dapat kawal kepedasan. Maklumlah kalau orang buat tu kebiasaannya lebih pedas dan memang tak boleh nak makan la bagi orang yang tak makan pedas macam saya ni...
Untuk kali ni memang ringkas saja, sebab saya hanya masukkan cili dan tempoyak sahaja selain daun kesum dan bunga kantan. Biasa saya letak jugak bawang besar, sebab suka nak makan rangup-rangup manis tu..kali ni apa yang ada jela.. Hajat tu nak buat guna ikan patin, tapi tak ada jual pulak, memadailah dengan anak ikan talapia, pun sedap juga. Sekarang operasi kena cari tempoyak pulak, dulu arwah mak selalu share, sekarang kena cari sendiri la yer... -_-
MASAK TEMPOYAK IKAN TALAPIA
Oleh : Cheq Sue
1 ekor ikan talapia
Tempoyak secukupnya
Cili padi
Bunga kantan dan daun kesum
Garam
Kisar tempoyak dan cili padi, tuang ke dalam periuk
Masukkan ikan, daun kesum dan bunga kantan
Perasakan dan masak hingga ikan betul-betul masak
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]