Sunday, August 23, 2026

Pesto Merah

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Pesto merah, sebagai pasangan kepada pesto hijau. Saja-saja buat sebab nak cuba kelainan. Cuma itulah kejadiannya memang tak menarik, sebabnya terlupa masukkan tomato paste. Saya tak ternampak ada bahan tu, sebab tak beli pun. Haihhh gitulah jugak kot kalau perempuan tak mekap, nampak pucat tak bermaya gittew... Hahaha..


Dah la tak ada tambahan warna, ambil pulak gambar waktu malam, guna pula telefon cap biasa-biasa, maka ini ajelah paparan yang dapat dihasilkan. Pesto ni sebenarnya untuk digaul dengan pasta, tapi ok je kalau nak makan dengan ayam or ikan bakar. Rasa ok je, macam sos bolognese tapi yang ni lagi rich sebab saya guna almond dan juga kamangi. Bau memang semerbak sikit la ya, kalau siapa yang tak suka kemangi tu memang akan tutup hidung lah. Saya ok je

Thursday, August 20, 2026

Kuil Sam Poo Kong

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Edisi kenang-kenangan dan tanda hadir!

Kuil Sam Poo Kong ni terletak di Semarang, yang menjadi mercu tanda serta tempat pelancongan. Ia merupakan kompleks kuil Cina yang meraikan Laksamana Zheng He. Dikenali juga dengan nama Kuil Gedung Batu dan merupakan kuil Cina yang tertua di sana. Errr, saya Google je maklumat ni deh. Masa pergi tu tak ingat dah semua maklumat... -_- Tak tahu lah macam mana boleh masuk dalam itinerari, kita ikut aje. Masuk berbayar ok, nilai tak ingat. Masuk pun bukan apa-apa, sekadar nak tengok senibina je, jangan risau okeh!!


Agaknya masa kami datang tu bukan hujung minggu, jadi tak la terlalu banyak kenderaan. Tapi pengunjung di dalam boleh tahan ramai jugak ya, termasuklah penduduk tempatan.

Sunday, August 16, 2026

Blueberry Crumbs Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah berjaya melayan keinginan tekak untuk buat dan makan kek blueberry crumbs ni. Setelah dua minggu tersidai 2 peket blueberry yang dibeli, akhirnya rajinkan diri jugak untuk mencuba. Kalau dilayankan rasa malas, memang tak jadi apa lah jawabnya. Ececehhhh...

Kek ni lebih kurang sama dengan brums yang pernah saya buat dulu, tapi yang ini testurnya lebih ke arah cakey, walaupun nampak padat tapi lembut sebenarnya.


Maaflah gambar kelam sikit sebab ambil tengah malam guna telefon cap ayam aje. Kek ni agak nipis sebab saya guna loyang 9, patut guna loyang 8. Tak apalah, sebab nak potong banyak, tu yang buat nipis sikit.

Tuesday, August 11, 2026

Pesto Hijau

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya tidaklah berada dalam kategori pandai, rajin pun tidak, tapi sesekali saya rasa nak makan, saya akan buat. Begitu jugak dengan pesto ni. Kebetulan tengah mengamalkan pekanan sihat, ini merupakan satu opsyen kepada pilihan sos untuk saya lunch dan dinner. Pesto ni jugak pada saya agak pricey kerana menggunakan parmesan cheese. Baunya memang membuka selera, ditambah pula dengan rasanya yang lemak-lemak masin. Rasanya sedap bila dicecah dengan ayam atau ikan bakar, bukan saja disalut pada pasta.


Cadangan menu. Yang simple-simple aje salmon gril dan salad. Kalau ditanya saya lagi suka digandingkan dengan ayam bakar. Oleh sebab saya hanya guna gajus, adunan sosnya jadi agak pekat. Kalau sape yang suka pedas tu boleh jugak tambah chilliflakes, saya ni memang tak makan pedas. Mungkin sesetengah orang rasa agak muak tapi saya ok je.

Sunday, August 9, 2026

Asam Pedas Ikan Duri Dan Telurnya

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Saya sebenarnya dah lama sangat nak makan telur ikan. Selalu tengok telur ikan mayong di masak asam pedas, aduhhhh memang kecur liur dibuatnya. Di Kelantan ni agak susah nak jumpa telur mayong, jadi nak hilangkan kempunan belilah telur ikan tenggiri atau mana-mana telur ikan yang ada dijual. Selalu goreng garam kunyit je, buat garing-garing makan sekali dengan minyaknya.

 Telur ikan duri ni saya jumpa di satu kedai ikan di kawasan Bukit Gedombak. Excited weuh bila tengok telur setompok dalam bekas, bila tanyakan telur ikan duri rupanya. Bahagia nisi ikan pun ada dengan harganya RM30 sekilo. Boleh tahan mahal ehhh, barangkali sebab susah nak dapat dan tak ada yang pelihara jenis ikan ni agaknya. Saya beli seketul bahagian isi, saja nak cuba masak asam pedas. Masa berulang ke Tanah Merah dulu memang sentiasa Nampak kedai jual asam pedas ikan duri di Jalan Paloh Rawa tapi memikirkan mesti masakannya pedas, tak pernah pulak rasa nak berhenti cuba.



Thursday, August 6, 2026

Dataran Tinggi Dieng

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah masih ada rezeki, apabila buka DSLR saya tiba-tiba ternampak sebahagian gambar-gambar ke Jogja-Dieng-Semarang pada 2016 yang masih belum dikongsikan. Jadi saya tempekkan di sini untuk kenang-kennagan masa depan. Nak ulang pergi tu tak tahulah bila... -_- Saya pun dah ingat-ingat lupa, cuma nak berkongsilah juga seberapa yang boleh.

Kalau buat rujukan di internet, Dieng ni sebenarnya kawasan tanah tinggi. Sepanjang di sana, memang tak lepas dari baju sejuk. Kalau tempat kita ni macam dekat Cameron atau Kundasang lah agaknya. Antara kawasan pertanian jugak. Suka sangat tau, memang rilek sungguh dok sana. Kami menginap di homestay. Di kawasan tu jugak memang mudah nak dapatkan makanan atau warung makan. So jangan runsing okeh, just sedia rupiah aje. Makanan yang paling glemer adalah mie ayam..he he he. Kawasan ni bukan saja menjadi tumpuan pelancong macam kami, malah menjadi sasaran penduduk tempatan juga ya..


Partner in crime. Izza, Anne dan Dil. Tak tahulah macam mana kami ni boleh bersatu bersama-sama dalam grup ni. Deme ni masih aktif ber ke sana-sini. Saya aje yang jadi CCTV ☺

Monday, August 3, 2026

Cymbidium Golden Elf

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Jarang-jarang nak jumpa bunga orkid berwarna kuning. Biasanya yang paling mudah ditemui adalah warna ungu. Saya sendiri pun dalam jagaan tak banyak yang berbunga kuning. Yang ni pun kebetulan jumpa di Shoppe, teruslah kita grab. Saiznya pun dah remaja dan tak tunggu lama untuk berbunga. Bentuknya berlainan sikit dengan Cymbidium Chen's Ruby yang pernah saya kongsikan. Morfologi yang lain agak hampir sama, berdaun panjang tirus seperti lalang.