Sunday, July 26, 2026

Lata Kashmir, Jeli

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Barangkali hanya saya saja yang tertinggal keretapi, baru saja menjejakkan kaki ke lata ini. Keindahannya tersohor serata negara, dan saya asyik tertangguh hendak ke sana. Bukan apa, asyik tak kena dengan masa. Ini pun kebetulan saya ke D'Pergau Inn, lepas check out tu singgahlah ke sini. Jalannya tak berapa susah, boleh guna Waze atau ikut aje papan tanda yang di pasang. Tak lah susah mana, cuma dari jalan besar tu kena masuk ke kawasan kampung.


Saya tak tahulah ya sebenarnya air tu punca dari mana. Memang sejenis anak sungai, cuma aliran air yang keluar macam dalam gambar tu dari Empangan Pergau, menyebabkan arusnya lebih kuat dan nampak lebih mempersonakan. Ehhh...tak pandai lah nak cerita, kalau datang tengok sendiri baru faham. Masa datang ni bulan November, jadi arus sungai agak deras, tambahan pula masa ni air empangan dilepaskan sedikit bagi aktiviti berakit.Mereka bermula di sini dan berakhir di Gunung Reng.

Wednesday, July 22, 2026

D'Pergau Inn, Jeli

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Setelah sekian lama, akhirnya sampai juga saya ke sebuah daerah yang bersempadan dengan Negeri Perak iaitu Jeli pada November 2025. Percutian singkat hujung minggu dengan niat nak meneroka dan merasai suasana berada di sana. Lokasi penginapan ini terletak berdekatan jalan besar Jeli-Grik dan sangat mudah nak jumpa. Teruja sebenarnya, sebab kebanyakan masa kita habis di sebelah hilir, jarang-jarang dapat berjalan ke hulu.


Mercu tanda.Sejuk je suasana walaupun saya sampai dah tengah hari. Barangkali jugak sebab dah hampir hujung tahun, maka cuaca pun bagai bersatu dengan alam. Kalau bukan sebab cuaca, biasanya kawasan hulu ni memang sejuk sikit sebab di situ kan berbukit bukau. Untung la kan dapat aircond semulajadi ^-^

Sunday, July 19, 2026

Rumah Kenangan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Rumah kenangan. Ini sebenarnya rumah arwah atok nenek saya, letaknya cuma di tepi rumah arwah ibu bapa. Di rumah inilah tempat saya membesar, melalui zaman-zaman remaja saya dengan pelbagai suka duka yang terakam di dalamnya.

Di rumah inilah arwah atok saya pertama kali membeli radio, siang dia dengar Kelantan FM dan pada malamnya pula saya mendengar corat coret Ismahalil Hamzah. Di sinilah juga adik saya menghembuskan nafasnya yang terakhir tanpa ada sesiapa. Begitulah, seiring dengan peredaran masa, yang tinggal hanyalah kenangan. Sedih, namun kehidupan mesti diteruskan. Rumah ini akan mendapat pemiliknya yang baharu. Tapaknya akan menjadi baiti jannati adik saya dan keluarganya. 



Wednesday, July 15, 2026

Cymbidium Chen's Ruby

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Orkid ni dah agak lama jugak saya bela. Bila berbunga Tuhan aje yang tahu betapa gembiranya hati. Tambahan pula bila tengok warnanya yang terang dan saiznya agak besar. Kalau nak cerita pasal orkid ni dah banyak yang lupa padahal masa di UPM dulu siap belajar 1 kursus lagi. Cymbidium ni kalau tengok sekali pandang macam anak-beranak lalang. Ada yang boleh tanam di tanah, ada yang gantung di pokok dan ada jugak menempel di mana-mana dahan.


Warna kuning terang dengan percikan merah ditengahnya. Bunga jenis ni tak ada bau walau ada sesetengah yang berbau. Saiz bunga pulak agak besar bila dah kembang sepenuhnya. Memang cantik tau, tapi sayang kembangnya tak lama.

Monday, July 13, 2026

Kembara 9D8N : SJDS : 24 : Semarang - KL - KB

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

~Draft post 2016~

Sebenarnya, tak sempat nak share semua trip-trip ke Semarang. External hardisk yang menjadi tempat simpanan gambar ni dah rosak pulak. Tak palah, nak buat macam mana. Sebenarnya post ni nak cerita tentang pengalaman saya balik seorang diri dari KL ke KB menggunakan kapal terbang.

Tahu-tahu sajalah ya, saya orang kampung ni jarang-jarang boleh naik kapal terbang. Ye lah nak ke mana aje pun, paling tidak naik bas ekspress saja. Berasa macam jakun jugaklah ke sana sini melilau bagi nak memastikan tak tertinggal. Buat naya aje kalau terlepas, dah ke jadi masalah problem nak beli tiket baru. Melayang lagilah RM.. Gitu gini gitu gini Alhamdulillah selamat touch down di airport KB.


Antara tempat-tempat yang saya tak sempat nak share di sini adalah Gunung Prau, Candi Arjuna, Kawah Sikidang, Batu Ratapan Angin, Sunrise Bukit Sekunir, Kawah Candradimuka, Danau Dringo, Masjid Agung Jawa Tengah, Brown Canyon. Kesemua tempat ni mempunyai scenery yang sangat menarik. Ada beberapa momen yang masih saya ingat ditubir layar mata. Tapi tak tahulah sampai bila nak ingat tu. Semoga ada rezeki nak repeat lain kali.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Sunday, July 12, 2026

Kembara 9D8N : SJDS : 14 : Borobodur

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

~Draft post 2016~

Salah satu tempat yang saya memang teringin sangat nak jejak kaki. Sebab apa? Saya bukanlah pencinta sejarah, tapi lebih kepada kekaguman tentang kesungguhan orang-orang zaman dulu nak menyiapkan sesuatu binaan yang diluar pemikiran ni. Masa masuk tu saya kena bayar lebih mahal sebab lupa nak bawak kad matrik. Kalau guna kad pelajar boleh dapat diskon sikit lah walalupun dan habis belajar. Tak apalah nak masuk punya pasal.

Ada kekaguman semasa meneroka segenap sudut yang tercapai. Bagaimana keazaman dan ketabahan orang dulu-dulu buat semua ni tanpa bantuan mesin. Berapa lama masa diambil untuk menaikkan benda ni...


Sekeping tanda hadir !

Wednesday, July 8, 2026

Bowl Fruit Pastry Cake (Danish Harraz)

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

~Draft post 2018 ~

Kek viral katanya...
Dah semua orang sibk dok cuba, dok berlegar legar di thread, saya pun taknak lepaskan peluang nak try jugak. Kebetulan ada stok blueberry, jadi gigih la pi carik strawberry nak buat kek ni. Yang pertamanya cari resepi mudah mudah dulu. Bila stalk IG Adik Danish Harraz, dia ada share satu resepi yang memang mudah sangat sangat, hanya godek godek gitu aje takyah guna mixer bagai.

Itulah yang kita nak kannn...


Masa tu buat tak tengok  betul betul, tak baca betul betul, bila dah siap buah buahnya ada yang jatuh ke dalam. Bila buat post mortem, barulah tahu rupa rupanya buah yang saya guna tu tak dikeringkan betul-betul. Dahlah buah yang saya basuh tu tak dilap, saya gaul pulak dengan gula, maka berlebih lebih la pulak basahnya.



Monday, July 6, 2026

2018 - 2026

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Apa yang berlaku? Ke mana saya menghilang?


2018
Antara titik terendah dalam hidup. Saya rasa keseorangan, tak ada sesiapa dan memilih untuk bersendirian acah-acah introvert. Malas nak jumpa atau cakap dengan orang sebab saya rasa kalau cakap pun orang tak faham. Tekanan kerja, keluarga dan perhubungan yang tak pasti betul betul membuatkan saya mengasingkan diri. Pada ketika tu, bukan berdua lebih baik, sendiri lebih baik.
Tahun ni jugak saya dah mula menduduki rumah sendiri. Jadi kebanyakan masa hujung minggu saya habis di jalanan. Berulang CH - PP bukan gurauan gaiss, sendirian pulak tu. Masa tu saya fikir dunia saya bukan lagi di CH, ketenangan dikecap bila berada di sisi orang yang tersayang.

2019
Saya meneruskan kehidupan seperti tahun sebelumnya. Cuma pada bulan Februari saya tiba-tiba kahwin dalam masa cuti sakit (MC). Hujung tahun 2018 saya menjalani pembedahan membuang lipoma, dan pada masa tu jugak saya memutuskan untuk berkahwin. Semua orang pelik. Kisahnya berlaku pada Oktober 2024. Pada masa tu saya dah redha jikalau Tuhan tidak memberikan saya pasangan. Saya dah ada segalanya, hidup saya dah stabil, saya menumpang kasih anak-anak buah dan ibu bapa Tetapi rupa-rupanya Allah memberikan seseorang yang tepat, pada masa yang tepat dan untuk tujuan yang tepat. Saya terdetik mungkin Tuhan memberikan seseorang yang saya perlu, bukan seseorang yang saya mahu untuk melengkapkan kehidupan saya. Dengan siapa saya kahwin? Dia hanya selang 2 3 rumah dari rumah saya, sekampung dan kami saling  mengenali keluarga kami. Siapa sangka jodoh saya hanya 2 minit dari rumah. Perkenalan lebih kurang 4 bulan, saya tawakkal sehinggalah hari disatukan. Allah permudahkan segala urusan, maka kahwinlah saya pada umur 39 dengan terus mendapat 2 anak perempuan. Alhamdulillah... Rezeki saya pulak masa tu seluruh dunia dilanda Covid 19, merasalah juga saya berPJJ dan dua tiga kali ke balai polis sebab nak memohon kelulusan merentas negeri. Perit sungguh jika mengenangkan masa tu.