Wednesday, July 29, 2026

Lawar Terung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Lawar terung ni mungkin kedengaran asing bagi sesetengah orang, tetapi dia sebenarnya sekumpulan anak-beranak dengan kerabu. Saya tak tahulah dari daerah mana sebenarnya dia datang tapi saya dikenalkan oleh seorang makcik (arwah) yang berasal dari Machang.  Lawar ni pulak bukan saja dibuat menggunakan sayur dan ikan tetapi juga dengan menggunakan makanan laut. Saya pernah makan lawar udang yang dibuat oleh seorang teman dari Tanah Merah. Bahan dan penyediaanya sedikit berbeza dari lawar terung ini. Rasanya sedap berkali kali..




Untuk resepi ni, masing-masing boleh olah ikut kesukaan. Saya sendiri hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah. Kalau guna bahan premium dah tentulah hasilnya pun lebih umphhh! Di sini saya senaraikan jugaklah resepinya untuk rujukan masa akan datang. Yang saya buat ni hanya guna santan kotak dan tak masukkan terung sebab nak suap anak jugak. Ikan pun saya hanya guna ikan cencaru. Ikutlah apa yang ada ye, kita yang buat dia ^-^

LAWAR TERUNG
Oleh : Cheq Sue

Terung ungu panjang - bakar dan buang kulit kemudian carikkan kasar-kasar
Bawang Merah - mayang halus
Ikan selayang bakar - buang tulang dan carik kasar
Cili padi / cili merah - hiris halus
Limau kasturi
Santan pekat
Garam

Campurkan saja semua bahan di dalam bekas. Masukkan santan pekat mengikut kesesuaian kuah banyak atau sedikit. Untuk mengelakkan santan cepat basi, perah @ campur dengan sedikit air panas


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]