Showing posts with label Indonesia : Jawa Tengah : Solo-Jogja-Dieng-Semarang (Mei/Jun 2016). Show all posts
Showing posts with label Indonesia : Jawa Tengah : Solo-Jogja-Dieng-Semarang (Mei/Jun 2016). Show all posts

Thursday, September 24, 2026

Cimory Dairy Land

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Entry terakhir trip Semarang pada 2016! 

Aduhhhhh....maaf ya dah berkurun berlalu baru selesai, kebetulan jumpa gambar-gambar dalam DSLR, saya share jugak untuk kenangan-kenangan kendian hari. Kadang-kadang bila scroll sendiri tempat tempat yang dah dilawati sebelum ni, memang akan senyum sendiri mengenang kembali kenangan yang entah bila akan kembali..


Cimory ni rupa rupanya bukan ada di sini sahaja, ada juga di tempat yang lain beserta dengan theme park. Kalau kat sini macam Farm Fresh la agaknya dengan menjual produk produk tenusu dan sampingannya. Kami masa ni dah nak balik jadi tak menyopping sangat sekadar beli makan minum di situ terus. Yang banyaknya ambil gambar sebab di situ banyak sudut menarik. Layankan aje ya

Tuesday, September 22, 2026

Gedung Lawang Sewu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Gedung Lawang Sewu merupakan sebuah bangunan bekas pejabat yang terletak dan Lawang Sewu tu sendiri maksudnya "Seribu Pintu". Ya....memang banyak sungguh pintunya tau. Namun, sekali tengok, nampak macam muzium, dan menjadi aset Keretapi Indonesia. Ehhh tak pandai jugaklah nak cerita, cuma masuk tu macam tengok-tengok.

Kalau sesiapa yang suka sejarah sesuai sangat masuk sini. Banyak yang dipamerkan berkaitan keretapi, dan ada juga disediakan tayangan beserta demo di dalamnya.


Nah...peta untuk tunjuk arah. Kawasan agak besar jugak, kalau tak kena gaya boleh sesat dalam bangunan ni.

Monday, September 21, 2026

Golden Sunrise Sikunir

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Di sini merupakakn satu spot yang sangat baik untuk melihat panorama matahari terbit. Sebenarnya banyak juga tempat matahari terbit dan matahari terbenam di Indonesia kerana muka buminya yang berada di kebanyakan tempat tinggi. Saya sebernarnya masih belum move on dengan panorama matahari terbit di Punthuk Setumbu yang menjadi lokasi penggambaran filem Ada Apa Dengan Cinta. Gittewwww..


Kawasan matahari terbit ini terletak di Bukit Sekunir Dieng yang tingginya lebih kurang 2350 meter dari aras laut. Di sini memang menjadi tumpuan pelancong ya, semuanya nak menikmati keindahan bermulanya hari di awal pagi. Dan dah tentulah ada ongkos masuknya. Cuma sekarang ni tak pastilah macam mana dah infrastrukturnya di sana.


Kena mendaki sikit ya untuk ke puncak, jadi pakailah kasut yang sesuai. Masa saya pegi tu malam sebelumnya hujan, jadi jalan agak licin, kena lebih berhati-hati. Pakaian pulak pakailah yang sesuai sebab cuacanya sejuk.

Friday, September 18, 2026

Gunung Prau

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Tak terbayang weh nak daki gunung masa ikut trip ni...keje gila wehhh! Dah la bukan calang-calang tingginya, 2565 meter dari aras laut. Kita ni pulak spesies round mall, bukan kaki hiking. Apapun terima jugak cabaran ni. Oleh sebab kawasan di sini agak sejuk, tak berapa kepanasan sangatlah masa mendaki tu. Kami mulai mendaki waktu pagi dan sampai pada petangnya. Maklumlah kenderaan beratttt...


Jangan lupa lapor dulu ya..

Thursday, September 10, 2026

Danau Dringo

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Masa pergi sini, jalan masih bertanah merah, mungkin sekarang ni dah berturap helok. Danau Dringo terhasil daripada tinggalan kawah gunung berapi. Ianya merupakan danau yang tertinggi di Jawa Tengah iaitu 2265 meter dari aras laut dan sering juga dikenali sebagai  Ranu Kumbolo-nya Dieng
 

Pemandu pelancong kami yang sangat sporting Dwimenjeng tukang bawa jalan. Maklumlah semuanya perempuan... Di sini jugaklah saya hampir-hampir hilang telefon bimbit, ingatkan dah jatuh kat mana-mana, rupa-rupanya tersorok dalam di celahan seat kereta. Dalam post ni tak banyak cerita sangatlah sebab dok renung tenung ke danau kolam itu ajelah

Monday, September 7, 2026

Kawah Candradimuka

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kawah Candradimuka antara kawah aktif yang ada di kawasan Dataran Dieng. Seingat saya ia merupakan satu kawah yang berada di kawasan curam, tetapi mempunyai laluan tangga untuk melihat lebih dekat. Kawah ini sentiasa mengeluarkan asap putih tebal yang berbau seperti telur busuk. 


Laluan ke kawah ini boleh sampai dengan berkenderaan. Di kawasan ini juga ada aktiviti pertanian barangkali kerana tanah yang subur dan cuaca yang sesuai. Penempatan penduduk tak pasti pulak ada ke tidak sekitar sini sebab udara yang tak berapa nak bersih pada pendapat saya..

Sunday, September 6, 2026

Batu Ratapan Angin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Menurut Wikipedia,  Batu Ratapan Angin ni mendapat nama dari kewujudan dua batu besar di sebuah puncak bukit. Di kawasan ini jugak ada kedengaran suara angin yang berhembus, sehingga kedengaran seperti suara yang sedang meratap. Tapi sepanjang saya dok situ tak ada la pulak berbunyi apa-apa, kalau kata ada bunyi takdenya saya nak bertenggek melepak di situ. Hahaha... Cumanya di situ memang terasa dingin, mungkin sebab kedudukannya di tempat yang tinggi. Serius cakap, tak boleh lama-lama di situ sebab gayat. 


Seingat saya tak nampak jambatan ni di mana. Saya melalui kebun tanaman sebelum bergerak melalui jalan curam. Nak ke tempat pandang tu tak la semudah ABC ye, kena acah-acah trekking sikit


Saturday, September 5, 2026

Kawah Sikidang

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kawah Sikidang ni antara kawah aktif yang ada di Dieng. Dinamakan Sikidang  sempena mengambil bahasa Jawa "kidang" yang bermaksud melompat-lompat. Dalam kawasan ni terdapat satu kawah yang sentiasa mendidih dan mengeluarkan asap putih tebal dengan bau yang kurang menyenangkan. Gitulah kalau saya faham setelah Google pasal kawah ni. Nak cerita pun tak pandai berkait dengan dunia geologi ni. Saya ibarat bila orang bawa ke sini, kita layanlah apa yang ada..


Tengok ke suasananya macam padang jarak padang tekukur. Mungkin keadaan semulajadinya memang begitu. Selain group kami, ada ramai juga pelancong yang ke sini. Untuk melihat keajaiban ciptaan Tuhan barangkali..

Monday, August 24, 2026

Kompleks Candi Arjuna

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Mmmmmm macam mana nak cerita ya...sebab dah ingat-ingat lupa! Mana-mana yang ingat jelah ya..  Kompleks candi arjuna ni merupakan salah satu tarikan pencong di Dieng. Pasti ada bayaran masuk ya... Di dalamnya terbahagi kepada beberapa bahagian, dan ada banyak candi yang masih elok serta juga yang sedang dipulihkan.. Saya biasalah, masuk tengokkan senibina, malah tengok batu-batu tu pun dah rasa ajaib lain macam. Binaan candi tu toksah cerita lah memang diluar jangkaan keupayaan orang dulu-dulu buat dengan baik sekali. Bab sejarah ni takleh nak cerita banyak-banyak, takut salah bicara pulak.


Oleh sebab kedudukannya di kawasan tanah tinggi, tak terasa sangat berjalan-jalan di dalam kompleks ni. Kalau kata cuaca panas memang berpeluh ketiak la jawabnya


Thursday, August 20, 2026

Kuil Sam Poo Kong

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Edisi kenang-kenangan dan tanda hadir!

Kuil Sam Poo Kong ni terletak di Semarang, yang menjadi mercu tanda serta tempat pelancongan. Ia merupakan kompleks kuil Cina yang meraikan Laksamana Zheng He. Dikenali juga dengan nama Kuil Gedung Batu dan merupakan kuil Cina yang tertua di sana. Errr, saya Google je maklumat ni deh. Masa pergi tu tak ingat dah semua maklumat... -_- Tak tahu lah macam mana boleh masuk dalam itinerari, kita ikut aje. Masuk berbayar ok, nilai tak ingat. Masuk pun bukan apa-apa, sekadar nak tengok senibina je, jangan risau okeh!!


Agaknya masa kami datang tu bukan hujung minggu, jadi tak la terlalu banyak kenderaan. Tapi pengunjung di dalam boleh tahan ramai jugak ya, termasuklah penduduk tempatan.

Thursday, August 6, 2026

Dataran Tinggi Dieng

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Alhamdulillah masih ada rezeki, apabila buka DSLR saya tiba-tiba ternampak sebahagian gambar-gambar ke Jogja-Dieng-Semarang pada 2016 yang masih belum dikongsikan. Jadi saya tempekkan di sini untuk kenang-kennagan masa depan. Nak ulang pergi tu tak tahulah bila... -_- Saya pun dah ingat-ingat lupa, cuma nak berkongsilah juga seberapa yang boleh.

Kalau buat rujukan di internet, Dieng ni sebenarnya kawasan tanah tinggi. Sepanjang di sana, memang tak lepas dari baju sejuk. Kalau tempat kita ni macam dekat Cameron atau Kundasang lah agaknya. Antara kawasan pertanian jugak. Suka sangat tau, memang rilek sungguh dok sana. Kami menginap di homestay. Di kawasan tu jugak memang mudah nak dapatkan makanan atau warung makan. So jangan runsing okeh, just sedia rupiah aje. Makanan yang paling glemer adalah mie ayam..he he he. Kawasan ni bukan saja menjadi tumpuan pelancong macam kami, malah menjadi sasaran penduduk tempatan juga ya..


Partner in crime. Izza, Anne dan Dil. Tak tahulah macam mana kami ni boleh bersatu bersama-sama dalam grup ni. Deme ni masih aktif ber ke sana-sini. Saya aje yang jadi CCTV ☺

Monday, July 13, 2026

Kembara 9D8N : SJDS : 24 : Semarang - KL - KB

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

~Draft post 2016~

Sebenarnya, tak sempat nak share semua trip-trip ke Semarang. External hardisk yang menjadi tempat simpanan gambar ni dah rosak pulak. Tak palah, nak buat macam mana. Sebenarnya post ni nak cerita tentang pengalaman saya balik seorang diri dari KL ke KB menggunakan kapal terbang.

Tahu-tahu sajalah ya, saya orang kampung ni jarang-jarang boleh naik kapal terbang. Ye lah nak ke mana aje pun, paling tidak naik bas ekspress saja. Berasa macam jakun jugaklah ke sana sini melilau bagi nak memastikan tak tertinggal. Buat naya aje kalau terlepas, dah ke jadi masalah problem nak beli tiket baru. Melayang lagilah RM.. Gitu gini gitu gini Alhamdulillah selamat touch down di airport KB.


Antara tempat-tempat yang saya tak sempat nak share di sini adalah Gunung Prau, Candi Arjuna, Kawah Sikidang, Batu Ratapan Angin, Sunrise Bukit Sekunir, Kawah Candradimuka, Danau Dringo, Masjid Agung Jawa Tengah, Brown Canyon. Kesemua tempat ni mempunyai scenery yang sangat menarik. Ada beberapa momen yang masih saya ingat ditubir layar mata. Tapi tak tahulah sampai bila nak ingat tu. Semoga ada rezeki nak repeat lain kali.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Sunday, July 12, 2026

Kembara 9D8N : SJDS : 14 : Borobodur

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

~Draft post 2016~

Salah satu tempat yang saya memang teringin sangat nak jejak kaki. Sebab apa? Saya bukanlah pencinta sejarah, tapi lebih kepada kekaguman tentang kesungguhan orang-orang zaman dulu nak menyiapkan sesuatu binaan yang diluar pemikiran ni. Masa masuk tu saya kena bayar lebih mahal sebab lupa nak bawak kad matrik. Kalau guna kad pelajar boleh dapat diskon sikit lah walalupun dan habis belajar. Tak apalah nak masuk punya pasal.

Ada kekaguman semasa meneroka segenap sudut yang tercapai. Bagaimana keazaman dan ketabahan orang dulu-dulu buat semua ni tanpa bantuan mesin. Berapa lama masa diambil untuk menaikkan benda ni...


Sekeping tanda hadir !

Friday, August 10, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Sunrise Punthuk Setumbu

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Sambung semula kisah past tense, kali ni hari baru pepagi dah menjejak gelap dinihari untuk melihat matahari terbit di Punthuk Setumbu. Treknya baik. bersimen tapi pada hari tu agak licin sebab hujan. Pengunjung boleh tahan ramai, termasuklah pelancong asing. Pengunjung tempatan pun ada, dan dalam kegelapan tu dengarlah jugak diorang dok cerita Rangga...Rangga...

Kita layankan gambar gambar ajelah ya..


Gabungan 3 warna


Saturday, August 4, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Candi Sambisari

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Bila melihat lihat semula gambar gambar di trip ni memang menggamit nostalgia semula. Memang trip ni ohsem sesangat, dengan kengkawan, dengan guide / driver sungguh saya suka. Perasaan pun taklah bercampur gaul macam trip SUMUT sebelumnya. Mungkin jugak bilangan ahli jemaah yang sikit maka sikitlah jugak dramanya. Satu lagi bila tengok balik, asa segan pun ada sebab masa ni saya masih lagi bersaiz XL. Ha ha ha...


Back to the n3 di negara ni memang terkenal dengan candi candi yang ada tinggalan zaman dahulu. Saya kira ini berkait rapat dengan pengaruh agama Hindu. Ini pertama kali saya melihat candi secara live, di luar negara pulak tu. Walaupun ada candi ditemui di Kedah, tidaklah saya berkesempatan lagi untuk melihatnya. Hal hal Sejarah ni kalau tanya Dyl memang di hujung jari dia sajalah. 


Thursday, August 2, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Gereja Ayam

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Saya kan, tak berapa nak tahu bila diorang dok cakap yang gereja ayam ni pun salah satu tempat penggambaran AADC2. Tak kuasa la kan, bukannya melayan sangat movie movie ni.  Yang saya tahu gereja ni sebenarnya sebuah gereja lama, dan tak digunakan untuk urusan keagamaan dah, tetapi pada masa tu sedang dibaik pulih di bahagian atas dan di dalamnya. Mungkin sekarang ni dah jadi lain sikit pada yang saya pergi tu, dan tak mustahil kalau kena bayar pulak bila nak ke saya tu. Masa saya pegi tu pun dah kena bayar kalau nak masuk ke dalam gereja.


Group photo with the driver.



Wednesday, July 25, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Masjid An-Nurumi

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Balik dari Merapi, kami singgah untuk solat Zohor sebelum ke candi. Di kawasan sini ada banyak candi telah dipulihara, tapi sebelum tu kenalah melunaskan tanggungjawab pada Yang Esa. Di Indonesia ni tak banyak beza dengan di Malaysia, dari segi azan dan pelaksanaan sembahyang. Jadi tak la rasa pelik sangat. Masjid ni pulak saya abadikan kerana bentuknya yang unik. Menaranya yang berwarna warni mengingatkan saya akan seni bina cathedral di Russia, walaupun tak pernah lagi sampai ke sana.


Masjidnya sederhana besar saja tapi agak bersih. Ada beberapa orang pengunjung yang bertujuan sama seperti kami.


Macam lolipop.


Apa perkataannya ni?


Senibina yang cantik...

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

Kembara 9D8N : SJDS : Merapi Tour

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Aktiviti hari ke 3 (saya rasa) bermula dengan tour ke Gunung Merapi. Rasanya kita dah sedia maklum yang negara Indonesia berada dalam jajaran gunung berapi, dan sehingga sekarang ada beberapa gunung yang masih aktif.  Saya ni tak berapa pandai nak cerita, tambah-tambah ada maklumat yang diberitahu tu dah pun lupa ditelan masa. Ha ha ha... Tengokkan gambar ajelah. Apa yang saya ingat, kami dibawa ke tempat tempat tertentu menaiki jip, antaranya ke rumah mangsa letupan gunung berapi tersebut, dan juga ke puncak gunung yang membolehkan kami melihat gunung yang lain. Tapi sayangnya pada ketika itu kabus tebal jadi terhalang segala pandangan.


Wajah kanak-kanak riang. Saya perasan masa di atas jip ni lagi elok berdiri, sebab dapat kawal hentakan pada pinggang (sebab saya ada backpain). Berbanding duduk yang menyebabkan kita rasa macam kena lambung. Lagi pulak boleh feeling feeling lebih gitu.



Monday, July 16, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Gumuk Pasir

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Gumuk pasir ni destinasi terakhir pada hari ni, setelah menjejak beberapa pantai. Badan pun dah penat, sekadar enjoy the view ajelah. Cantik sebenarnya tempat ni, yang terhasil secara semulajadi, luas jugak kawasannya. Sekali lagi tempatnya penuh dengan pengunjung yang sama-sama nak menikmati keindahan alam, di samping nak bergambar. Masa saya datang tu ada couple tengah shoot gambar wedding.


Gumuk pasir ni dekat je dengan Pantai Parangtritis, yang menjadi lokasi AADC2, tapi kami tak singgah pulak kat pantai tu sebab nak kena balik dah.


Friday, July 13, 2018

Kembara 9D8N : SJDS : Pantai Drini

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Episod lepak pantai masih belum habis. Masa ni dah agak ke petang, Pantai Drini ni lain sikit dari pantai yang saya up sebelum ni sebab kedudukannya berdekatan dengan jalan besar, dan macam ada kawasan perkampungan gitu. Pesisir pantainya agak panjang, dan saya rasa kawasan ni menjadi tempat tumpuan sebab ada bot-bot nelayan serta kawasan jualan makanan laut goreng, alaaa macam ICT dekat Terengganu tu la. Bas bas pelancongan pun agak banyak, bukan saja pelancong asing tapi juga pelancong tempatan.


Bot yang tersadai