Thursday, September 10, 2026

Danau Dringo *

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Masa pergi sini, jalan masih bertanah merah, mungkin sekarang ni dah berturap helok. Danau Dringo terhasil daripada tinggalan kawah gunung berapi. Ianya merupakan danau yang tertinggi di Jawa Tengah iaitu 2265 meter dari aras laut dan sering juga dikenali sebagai  Ranu Kumbolo-nya Dieng
 

Pemandu pelancong kami yang sangat sporting Dwimenjeng tukang bawa jalan. Maklumlah semuanya perempuan... Di sini jugaklah saya hampir-hampir hilang telefon bimbit, ingatkan dah jatuh kat mana-mana, rupa-rupanya tersorok dalam di celahan seat kereta. Dalam post ni tak banyak cerita sangatlah sebab dok renung tenung ke danau kolam itu ajelah



Test sekeping


Di sini jugak sebenarnya ada sebuag bot yang sedang berkayuh di hujung sana, tapi tak nampak dalam gambar. Tak tahulah memang ada penghuni ataupun ada yang membuat aktiviti rekreasi. Mungkin jugak di seberang sana ada rumah-rumah orang atau perkampungan maybe..


Agak-agak ada  ikan ke tak ya dalam ni? Layan jugak kalu dapat mancing


Panorama di sini sangat tenang, dan pada masa kami pergi tu pun tak ada pelancong lain kecuali 2 3 orang budak yang sedang buat apa entah dalam semak. Bukan buat bukan-bukan yer..



 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]