Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Kawah Sikidang ni antara kawah aktif yang ada di Dieng. Dinamakan Sikidang sempena mengambil bahasa Jawa "kidang" yang bermaksud melompat-lompat. Dalam kawasan ni terdapat satu kawah yang sentiasa mendidih dan mengeluarkan asap putih tebal dengan bau yang kurang menyenangkan. Gitulah kalau saya faham setelah Google pasal kawah ni. Nak cerita pun tak pandai berkait dengan dunia geologi ni. Saya ibarat bila orang bawa ke sini, kita layanlah apa yang ada..
Tengok ke suasananya macam padang jarak padang tekukur. Mungkin keadaan semulajadinya memang begitu. Selain group kami, ada ramai juga pelancong yang ke sini. Untuk melihat keajaiban ciptaan Tuhan barangkali..
Jom kita bergerak lebih dekat. Yang nampak putih asap tebal itulah tempatnya kawah sikidang.
Ada je penjual di sepanjang jalan, tapi tak ingat dah jual apa. Dari parkir kena jalan sikit untuk tengok kawah-kawah yang ada.
Kawah air panas yang sentiasa mendidih. Kagum kan...Allahuakbar sesungguhnya tiada Tuhan Yang Maha Berkuasa
Inilah kawah yang lebih besar dan sentiasa mengeluarkan asap tebal putih tu.
Cakk sekeping tanda hadir. Masih sejuk dingin ya walaupun ke tempat kawah panas.. Steady je dulu pakai sandal Asadi -_-
Awas deh jangan bersungguh sangat nak tengok dalam kawah... Cuma itulah pagarnya dari bamboo aje gaisss
Member 3 orang maju ke depan...teruja nak tengok apa entah
Sekali pandang macam nak buat pembaikian dengan khemah-khemah tu. Mungkin kalau ke sana sekarang dah jadi lebih baik malah mungkin lebih selesa untuk pelancong meninjau-ninjau. Barulah boleh up sikit bayaran masuknya dongggg...
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]