Sunday, September 6, 2026

Batu Ratapan Angin

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Menurut Wikipedia,  Batu Ratapan Angin ni mendapat nama dari kewujudan dua batu besar di sebuah puncak bukit. Di kawasan ini jugak ada kedengaran suara angin yang berhembus, sehingga kedengaran seperti suara yang sedang meratap. Tapi sepanjang saya dok situ tak ada la pulak berbunyi apa-apa, kalau kata ada bunyi takdenya saya nak bertenggek melepak di situ. Hahaha... Cumanya di situ memang terasa dingin, mungkin sebab kedudukannya di tempat yang tinggi. Serius cakap, tak boleh lama-lama di situ sebab gayat. 


Seingat saya tak nampak jambatan ni di mana. Saya melalui kebun tanaman sebelum bergerak melalui jalan curam. Nak ke tempat pandang tu tak la semudah ABC ye, kena acah-acah trekking sikit




Gambar yang sebenar mungkin dah berusia lebih lama. Nampak batu tu pun masih tajam dan herlok terbentuk lagi. Barangkali sebab sering di kunjungi orang menyebabkannya terhakis tanpa sedar


Pemandangan yang cantik, sayup mata memandang. Dua tasik di hadapan tu tak pastilah binaan atau semula jadi dengan air yang kehijauan. Bertenggek di batu tu walaupun sekadar nak ambil gambar memang membuatkan bulu roma meremang, apa tidaknya di hadapan tu adalah gaung yang curam. Jadi jangan coba-coba nak bergurau okeh...layan pemandangan cukuplah ☺☺



 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]