Sunday, September 27, 2026

Burnt Cheese Cake

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sesekali rasa jugak nak makan cheesecake. Bila dah gitu memang kena buat ya, sebab dia kana fikir benda yang samaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aje selagi belum dapat. Saya pernah je buat kek ni, cuma kali ni gigih mencari resepi yang menggunakan sepenuhnya whipping cream sebab taknak membazir dan nak guna sekali habis. Akhirnya jumpa jugak dan teruslah saya buat


Nah! Herlok lawa kejadiannya dalam loyang 6 inci. Bahagian atas pulak taklah terlalu hangit, acah-acah saja. Cuma itulah agak nipis sikit bila dah masak. Rasa dia camana ya, gitu ajelah macam cheesecake yang kita dok makan-makan... cuma bunga kat atas tu usahlah dimakan, tu untuk hiasan semata-mata deh



Resepi ni bagi saya sedap, dan teksturnya smooth je, cuma sebab saya tak masukkan jus lemon jadi tak berlawan rasa masam dengan keju. Nak membuatnya pun mudah saja main lebur je dalam blender


Bah resepinya di bawah ni. Creamcheese dan whipping cream sekali guna je habis. Cuba eh nanti. Saya memang keep dah resepi ni... -_- Kalau nak tengok resepi lain yang pernah saya buat di sini ya

BURNT CHEESE CAKE

Sumber : Cookpad


250 g cream cheese Tatura

3 biji telur A

200 g whipping cream

95 g gula kaster

3 sudu tepung jagung

1 sudu makan jus lemon


Cara Memasak

Sediakan Blender yang bersih dan kering.Letak atas penimbang digital.

Masukkan cream cheese,tekan button tare pada penimbang,timbangkan whipping cream,tekan button tare semula,timbang gula.masukkan telur,tepung jagung dan jus lemon.

Blend semua bahan hingga halus.

Sediakan loyang saiz 6" yg dialas dengan baking paper dan disapu sedikit marjerin.

Tuang adunan cream cheese tadi kedalam loyang,Bakar dalam oven pada suhu 230 ° c selama 30 minit.Selepas itu turunkan suhu kepada 150°c bakar api atas sahaja selama 10 minit.
Dah siap.keluarkan kek dan sejukkan seketika.

Setelah sejuk simpan kek didalam chiller selama satu jam.Simpan sekali loyang.Barulah dikeluarkan dari loyang dan dihidangkan.Boleh juga taburkan snow powder jika suka.


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]