Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Nahhh...rupa rupanya tahun ni pun sama sibuknya juga, malah berlebih lagi. Jarak tempat kerja yang jauh, dengan nak melayan anak seorang yang tengah memerlukan 200% perhatian, memang tak mampu nak bersenang-senang meluahkan perasaan. Tapi saya cuba okay, cuba! Ada niat tu pun dah ok kan? Walaupun niat tak menghalalkan cara. He he he...
Bila je cerita pasal kek keju hangit ni, memang viral sangat satu ketika dulu. Bila dah viral ni mula lah kita pun nak cuba jugak. Tengoklah kejadiannya, memang hangit betul!

Nak kata jadi tu memang la jadi, cuma terlebih bakar agaknya + guna oven kecil. Saya dah buang sikit lapisan atas tu kalau tak takleh nak makan. Rasa dia lebih kurang je dengan cheesecake yang biasa jual kat kedai tu, tapi saya lebih suka cheesecake yang ala ala gebu sikit. Cuma itulah, kalau cakap dengan kengkawan boleh la kata kita pun dah cuba...

Pekena satu slice ni pun dah cukup. Mujur jugak saiznya tak besar mana. Kadang-kadang cheesecake ni boleh buat rasa muak jugak kalau makan banyak-banyak.

Tengok la rupa paras yang dikatakan hangit tu. Memang sedih melihatnya. Rasa nak menangis ketawa pun ada. Apapun no hal lah sebab sendiri bikin sendiri masuk perut aje. Sekarang ni banyak dah perkongsian di medsos, tinggal nak cuba buat lagi je. Insha Allah kalau ada masa senggang, memang akan buat lagi. Buat tak susah pun, yang sudahnya bila ada lebih banyak malas pada rajin. Haaaa gituuu....
BASQUE BURNT CHEESECAKE
Sumber @mrs.lina.thomas
Rebaked by : Che Ta (https://www.instagram.com/p/BmSNbLzAG7-/?taken-by=cheta_78)
BAHAN-BAHAN:
* 500 gm krim keju
* 150gm gula kastor
* 4 biji telur
* 250 gm heavy cream/double cream/ UHT whipping cream
* 15 gm tepung gandum
CARA MEMASAK:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 200C. Pada masa yang sama, sediakan loyang kek ( spring-form pan) bersaiz 7" yang telah dialas dengan parchment paper didalamnya.
2. Pastikan parchment paper lebih tinggi ( sekurang-kurangnya 3 inci di atas bahagian baking paper). Loyang kek ( spring-form pan juga perlu dibalut dengan aluminium foil bagi elak adunan kek bocor masa dibakar.)
3. Bagi menyediakan kek, putar krim keju dengan gula hingga sebati.
4. Tambahkan telur satu demi satu. Pukul hingga rata dan sebati.
5. Seterusnya masukkan heavy cream dan putar lagi sekali hingga semua bahan sekata.
6. Akhir sekali, masukkan tepung. Putar lagi hingga sebati dan sempurna.
7. Tuang adunan kek ke dalam loyang dan masukkan ke dalam ketuhar. Bakar selama 1 jam atau sehingga bahagian atas kek bertukar warna keemasan.
8. Biarkan kek sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan.
9. Basque Burnt Cheesecake boleh dihidang bersama strawberry compote atau dimakan begitu sahaja.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
Aamiin
ReplyDelete