Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Lagi post di dalam draft. Cuma yang ni tak ada ceritanya lagi. Ada sedikit masa sebelum menyiapkan itu ini untuk persekolahan esok, saya goreng goreng la sikit sebanyak.
Apam ni memang menjadi feveret saya. Makan dengan kelapa putih, letak banyak banyak aduhai sedapnya.... Masa kecik kecik dulu kalau ada sambutan 40 hari kematian, memang buat apam ni tau. Kita yang budak budak ni bawak la kuali kecik sendiri pergi ke rumah orang tu sebab nak tolong membakar apam. Bakar pulak guna dapur kayu, dan takleh guna api marak. Sampai berair mata nak menyiapkan sekeping. Sekarang ni semua dah senang. Kalau tahu ada sesiapa yang buat, kita hello hello je tempah seberapa yang dikehendaki. Pastu nak membuatnya pun tenggekkan aje di atas dapur gas. Sebab itulah kalau sesiapa yang sempat merasa apam ni zaman zaman dulu memang lejen, masih terbau bau aromanya tuu. Serupa macam sis yang dah purba ni... ^_^
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgKjWi0r7wGibQ7F8QgBzD7neGzEKTePgHbI72c-B8MvNWB5K-tc-tHZe-BFCRou_Cf9TRS7E_RHlPYPPTBtjD4jCX5IhPDTQe0gxQDsOa0s4lOr8pIbmKFehjHrJdn3kVir9_HueI3E_E/s640/photo_2018-10-01_18-38-07.jpg)
Adunan yang telah siap diperam dan sedia dibakar. Yang nampak hitam hitam tu bukan semut atau kotoran yer...itu lada hitam
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiGNYmkqXZncanBmOhF-rxnAit6AHazclQ1_P2MSci8CDVoLjI4sBz-6Zk0ElurNYUCNOSdLX5JJSdcwDqbaev3vMDwI0oUtzC2iNEvvRyr65O1mcqKc23a2rLEiMCVfuN3_9m1krdCg-s/s640/photo_2018-10-01_18-38-13.jpg)
Kadang kadang yang hangit tu bukannya tak sengaja, tapi yang hangit hangit garing tu bila tergigit memang sedap sangat. Crunchy gitu..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVldxo-w56oSrRG4mW5q14jp4hXfTaFIOxA4XTjMUiq6qgElj_JYnNeZ0hJNM0hC60UQv1-JDaF2PQNtDfmS3QWY4bkxRcQ3DQxsa52SxW6_MYJtBzkFWeWX0-jz3QokFOxEushxhXvdc/s640/photo_2018-10-01_18-38-18.jpg)
Gebu tak boleh bawa bincang. Sebab tu apam ni digemari oleh orang orang yang dah berumur. Budak budak gen Z entah kenal ke tidak apam ni entahlah. Saya sekarang dah jarang sangat membuatnya. Maklumlah hanya 3 mulut yang nak makan, buat banyak banyak jenuh nak habiskan. Beli ajelah kat kedai. Cuma kena sabarlah bila tak kena dengan citarasa... Hehehe...
Resepi Apam Bakar Original Kelantan
Sumber : Resepimudahsedap
300 g tepung beras
130 g gula pasir
1 st garam
200 ml santan
2 st yis
4/5 biji pisang mas/berangan
4
ketul tapai ubi
1 sudu
kecil lada hitam*
1 inci
lengkuas*
1 inci
halia*
2 biji
bwg merah kecil*
200 ml air*
Cara Penyediaan Apam
Bakar:
1.
Kisar dan tapis bahan-bahan yang bertanda (*). Ambil airnya dan sukat hingga ke
200ml sahaja. Bancuh yis dan masukkan ke dalam air tapisan ini.
2.
Lenyek pisang, tapai ubi , garam dan gula sehingga hancur. Tambahkan tepung
beras bersama santan. Masukkan pula air tapisan bersama yis tadi ke dalam
adunan. Kacau sehingga sebati.
3.
Untuk mendapatkan apam bakar yang lembut adalah amat mudah. Caramya ialah,
sebelum dibakar, perap adunan selama 2 jam.
4.
Panaskan kuali dengan sapukan sedikit minyak. Masukkan adunan ke dalam kuali
sebanyak 2 senduk. Masak dengan api kecil dalam lebih kurang 3-4 minit. Bila
bahagian bawah sudah mula masak dengan tompok-tompok garing kelihatan,
terbalikkan dan tunggu 3-4 minit lagi. Siap untuk dihidangkan.
Tips
Penting:
Apam
bakar tepung Kelantan ini sesuai dimakan bersama kelapa parut yang digaul
dengan secubit garam serta sedikit gula. Selain daripada kelapa muda parut, bagi
yang mahu mencuba, boleh dicicah dengan sambal bilis.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
Kelantan sungguh istimewa!
ReplyDeleteMasih banyak kuih tradisional yang masih ada hingga ke hari ini.
Sedapnyer lempeng apam ni
ReplyDelete