Thursday, February 13, 2025

Kaya Ball

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Hai semuaaaaa... Lama kan? Since 2018 kau! Bukan lupa. Tidak sama sekali. Atau dua kali. Saya sentiasa mencuba tetapi itulah terlalu banyak halangannya. Minat yang satu ini, iaitu menulis memang sentiasa ada cuma kesempatan yang tidak pernah menjengah. InshaAllah slow slow lah saya aktifkan semula lama curhat ni. Nak sign in rupa rupanya dah lupa password diknon oiii... Nasib baik berjaya khobek sana sini. Selongkar dalam draf ada dua tiga post yang tersadai kita upkan lah ... 

Ini merupakan kali ke 2 saya membuat kaya ball, sebabnya dah lama sangat rasa nak makan. Terus search resepi dan berkenan dengan yang ini. Pertama kali dulu saya menggunakan resepi Sis Gert tapi hasilnya tak berapa nak memuaskan. Barangkali sebab resepinya dalam Bahasa Inggeris gittew. He he he... Selalu kalau beli dekat pasar malam tu memang tak puas makan sebab boleh tahan pricey jugak benda alah ni. Kan..


Ini adalah bater dia, yang saya dah perap lebih 1 jam. Bukan apa jadi ke lama tu, sebab dok sibukkan keje lain sampai tak sempat nak bakar on time. Satu lagi sebab saya menggunakan yis yang dah agak lama, trauma jugak takut dia tak hidup, kang tak pasal pasal dapat kaya ball jenis penyek like before... Adunan ni sedikit pekat macam nak buat cucur gitulah.





Dah namanya pun kaya ball, sah sahlah kena guna kaya as the filling. Kaya pun boleh tahan mahal rupanya, sebab dah lama tak beli. Satu tin kecik tu RM3++. Hamboiiii dunia sekarang. Saya masukkan dalam piping bag supaya senang nak paip dalam adunan tu nanti.


Kekdah nak bakar tu macam bakar takoyaki jugaklah. Panaskan minyak dan bubub bater pastu paip inti. Saya suka sangat sangat aih sebab adunannya mengembang elok, jadi bulat bulat comel sungguh nampaknya. Memang betul betul jadi kaya ball. Satu adunan ni dapat banyak jugak, sampai saya boleh bawa ke sekolah, masa tu sempena program kelas tambahan tingkatan 3. Saya sendiri makan berketul ketul. In Sha Allah nak try buat sekali lagi dengan cuba resepi lain pulak. TQ sharing resepi ya...

KAYA BALL


Bahan-bahan:

250 ml susu cair

150 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
40 gm gula icing
1 sdt yis
1/4 sdt garam halus
2 biji telur
1 sdt esen vanilla
60 gm butter cair

Filling - kaya / peanut butter / coklat


Cara-cara:

Tepung, yis, gula, garam disatukan.
Masukkan telur, susu kemudian gaul sebati.
Rehatkan adunan 1 jam.

Kemudian masukkan butter cair gaul hingga sebati.  Rehatkan 5 minit.

Panaskan acuan, sapu minyak.

Sudukan sikit adunan letak inti tutup inti dengan sedikit adunan.  Tutup acuan dengan penutup tunggu hingga masak.
Kalau sudah masak bolehlah keluarkan dari acuan.
Ulang proses yang sama hingga habis adunan. 


 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]