Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
16 Febuari 2025 adalah hari pertama sesi persekolahan bagi negeri Kelantan. Agak lemau selepas sebulan bercuti tidur bangun melayan budak kecik di rumah. Sekarang Subuh agak lewat, jadi kena atur masa elok elok supaya tak kelam kabut nak hantar anak dan nak ke sekolah. Jarak sekolah tak la jauh, lebih kurang 27 km aje merentas dua daerah, cuma bila kena lalu jalan besar dan traffic light kena pandai pandai laaaa...
Alkisahnya hari ni dah siap agak awal. Lepas hantar anak baru perasan tak ambil kunci rumah dan juga blazer. Lagi haru lupa nak salam peluk cium encik suami. So patah balik ke rumah. Bila keluar jalan besar, berderet pulak lori tanah atas jalan. Entah la kadang kadang geram betul dengan drebar lori ni tak boleh ke keluar lewat lewat sikit bagi can dekat sis yang nak punch card awal nih? Tiberrr...
Satu hal lagi kalau dah agak terlewat ni, siaplah dengan kenderaan yang dipandu macam tengah berkasih kasihan. Dia punya slow tu macam tengah bercinta. Kita nak potong tak boleh, sudahnya kena follow sambil membebel dalam hati. Rushing rushing jugak keselamatan tatap nombor satu.
Sampai di Machang, hadap pulak traffic light baru, tambah jadi 4 semuanya. Dahlah dia punya pergerakan tu 3 kali bertukar warna baru lepas. Dari 4 traffic light tu hanya 1 je yang tak perlu tunggu. Geram sungguh. Kita ni asyik jeling jam aje takut takut lewat.
Selepas traffic light Tanah Merah, jem jugak rupanya disebabkan kemalangan kecil motosikal budak sekolah. Mujur jugaklah tak teruk. Rasanya kereta terlanggar, tapi takde nampak pulak kerete berhenti tepi jalan.
Sampai di sekolah sempat jugaklah sis punch sebelum merah. Selesai perhimpunan, bergegas pulak menguruskan kelas dan pelajar yang memohon keluar dan masuk. Aiiii pendek kata berpeluh ketiak jugaklah di hari pertama ni. Pakat gelak ajelah dengan cikgu cikgu lain. Baru tak stress.
Gitulah hari pertama. Selepas ni bermulalah macam biasa perjalanan Pasir Puteh - Machang - Tanah merah demi mencari sesuap nasi dan ringgit mengisi minyak kereta.... :)
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]