Friday, September 4, 2026

Kedai Lina Mee Celup, Jeram Pasu, Pasir Puteh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kalau rasa malas nak  masak, berhenti ajelah kat kedai mana-mana, order dan terus boleh menjamu selera. Cuma, samada kena atau tak dengan selera.. Saya pun gitulah, cuma kadang-kadang malas nak menyinggah dengan budak kecik tu. Kadang-kadang kena singgah jugak sebab jenuh nak masak untuk 3 mulut di rumah.


Kedai ni letaknya di jalan Jeram Pasu - Padang Pak Amat, sebelum Sekolah Sains Pasir Puteh. Memang laluan saya pergi balik kerja. Kedai dia ni memang menjadi tumpuan, budak-budak sekolah memang sokmo berhenti makan sebelum balik rumah. Selain dari mi celup, banyak jugak menu lain yang ada, termasuklah nasi. Harga pun sederhana tak mahal tak murah



Teh O beng dan kopi O beng. Panas panas memang tak cukup segelas


Laksa penang. Ok lah sebab tak bubuh lada potong


Chilli oil juga ada. Sapa yang suka pedas bolehla rasa. Saya setakat ambil gambar bolehlaaaa


Mee sup. Supnya tak terlalu berat


Senarai menu dan harga. Senang nak buat pilihan

Mode : Holiday 😊

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]