Saturday, September 12, 2026

Eyna Mee Celup D'FAMA, Pasir Puteh

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Sesekali rasa jugak malas nak masak, biasanya bila hujung minggu lah. Kalau masak ni menunya itu ajelah, sesekali bertukar selera melayankan nafsu makan. -_- Kedai ni antara yang menjadi pilihan saya. Lokasinya sebelum Econsave Pasir Puteh, bersebelahan dengan Pejabat FAMA dan gerai-gerai seliaan FAMA. Menu utamanya bukanlah semata-mata mee celup, ada banyak lagi yang boleh menggoncang selera. Antara kedai makan yang penuh bila tibanya waktu makan tengah hari. Ni dalam pukul 11 lebih, jadi tak la terlalu pack! Harganya pula tak ta terlalu mencekik jiwa, sedang sedang sepadan dengan kualiti makanan.


Gedebak papan tanda nampak jelas dari jalan besar. Ruangan kedainya besar cuma agak panas sebab kawasannya terbuka dan atapnya pula tanpa siling. Kalau matahari terik memang berpeluh-ppeluh walau ada deretan kipas besar disekelilingnya



Kalau rasa kesabaran senipis kulit bawang, kena agak-agaklah nak makan di sini. Mungkin kena datang sebelum tengah hari atau ketika kedai baru buka. Kalau kena masa ramai orang, memang kena menunggu sikit sebab biasanya order penuh. 


Ada juga disediakan tandas dan surau, dapatlah memudahkan pengunjung yang nak selesaikan semuanya sekaligus dalam masa rehat pekerjaan.


 Nasi ayam madu lauk double. Alhamdulillah sedap dan tak pedas sangat sambalnya.


Panas-panas gak dapat teh O beng memang sedap la ya...sekali sruppp dan tinggal separuh


Set nasi sup bajet dengan telur dadar. Yang ini pun sedap cuma kena tambah sambal atau cili lah baru kick, yang saya ni sebab nak suapkan anak sekali jadi tak pedas pun.

Korang kalau kata ada datang ke daerah saya ni silalah singgah, saya memang rekemen kedai makan ni, harga pun tak terlalu mahal untuk kemalasan masak di rumah. Ha ha ha...

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]