Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Satu masakan yang sangat mudah, biasa saya buat untuk sarapan. Pelbagai cara nak olah sebenarnya, mengikut kegemaran dan kesesuaian bahan yang ada. Ni sekadar contoh je, saya percaya kita ada cara masing-masing. Cara nak membuatnya senang saja, masukkan semuanya dalam bekas aluminium dan kukus hingga masak. Kalau nak tambah baha-bahan lain macam lauk boleh aje. Ni acah-acah sarapan untuk gaya hidup sihat la ye...
Macam kurang masak sikit di tengahnya, pejam mata dan halalkan -_- Saya ok je sebab taknak brokoli terlalu masak, nak rangup-rangup gitu. Salad tu masukkan kemudian sebagai pelengkap zat makanan
By Cheq Sue
2 Biji telur
Brokoli secukupnya
1 keping slice cheese
Garam / perisa (optional)
Daun salad
Kocokkan telur dan masukkan dalam bekas yang sesuai
Masukkan brokoli dan letakkan slice cheese di atasnya
Kukus hingga masak
Bila dah masak dan agak suam letakkan salad
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
.jpeg)

No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]