Wednesday, August 26, 2026

Kandiez Sunrise Resort, Pantai Kandis, Bachok

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Kali kedua menginap disini. Memang antara tempat yang menjadi pilihan sebab suasananya yang selesa dan memuaskan. Resort ni letaknya paling dekat, yang pertama dalam jajaran Jalan Pulau Kambing @ Pesisir Pantai Kandis.  Nak cari pun mudah aje, memang ada signboard di tepi jalan, cuma kena melalui taman perumahan sikit.

Jom la saya kongsi sesikit keadaan di sana. Saya memang rekemen kalau sapa-sapa nak cuba menginap di sini. Biliknya ada banyak juga. Pertama kali dulu dok di bilik standard, tak ingat dah berapa sewa. Kali kedua ni menginap di bilik balkoni, RM135/malam.


Tanda nama... Di belakangnya jalan ke pantai. Ada ruang yang agak luas di situ untuk membuat aktiviti kekeluargaan. Sebab tulah resort ni menjadi pilihan kalau nak buat famili day..



Ada dipelihara arnab di sini, boleh la tunjuk ke anak-anak. Tapi kena fahamlah memang ada bau yang tidak menyenangkan. -_-


Inilah yang menjadi tarikan. Kolam budak dan dewasa di tengah-tengah resort. Memang buka je terus terjun masuk dalam. Kolam ni masalahnya satu je, ruang kanak-kanak tu agak sempit. Tahu ajelah bila ramai budak ni, berlaga bontot wehhh.. Untuk kolam dewasa tu ok lah sampai leher saya -___- Kena bersesak sikitlah kalau ada geng yang main bola atau pun budak-budak baru nak belajar berenang.


True.. tapi kadang-kadang stress pun ikut sekali😊


Tempat BBQ ada banyak disediakan. Boleh la bakar-bakar


Buaian kain kot nak koya-koya cuma kena beringat lah ya sebab banyak semut merah, orang Kelantan kata semut gatal 😁


Gelongsor untuk kanak-kanak. Sekali pikir gini pun boleh ehh..  

Bagi yang berkelapangan, bolehlah berkunjung di samping menyokong ekonomi tempatan. Pantainya yang landai pastinya memberi pengalaman mandi laut yang sangat mengujakan. Uamang-umang dan ketam angin juga ada untuk bersuka-suka dengan anak-anak. Cuma satu jelah, bab sampah tu kena pertingkatkan lagi kesedaran sivik di kalangan pengunjung.

 "Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]