Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Orkid yang menjadi idaman, yang akhirnya dimiliki dan telah dua kali berbunga. Orkid gramma atau dikenali juga dengan nama orkid tebu dan orkid buluh diberikan oleh guru praktikal seliaan saya semasa di Tanah Merah. Hadiah dari emak katanya, sebab cikgu minat bunga orkid. Masa dapat tu dalam saiz remaja, ni dah hampir 5 tahun. Alhamdulillah.. Kalau beli harga memang keras sikit ya..
Saya letak di kawasan panas sepenuhnya. Sebelum ni berbunga 2 tangkai, kali ni pun dua jugak dia bagi
Batang pokok yang kelihatan seperti tebu..
Bunga ni banyak yang dah rosak sebab dimakan kumbang kuning. Kita punyalah jaga sebab sesekali berbunga, dia helok je makan sampai togel. Kalau dapat kutip kumbang tu memang bercerailah badan dan kepala
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]