Sunday, May 13, 2012

Ayam Sri Tanjung

 

Hari Ahad.... Lambat sikit bersiaran hari ni kerana menyiapkan tempahan untuk petang nanti. Alhamdulillah dapat siap, harap2 menepati apa yang diingini.  Semalam cheq sue post nasi kuning kan, Mieza tanya mana lauknya. Ish ish ish... Mieza ni saje je tau, takkan la cheq sue makan nasi sesaje. Rahel pun sama tau, segan cheq sue jadinya!

Jadi inilah pelengkap nasi kuning tu, selain udang bakar dan papadom. Ini merupakan olahan dari resepi di blog Kak Amie. Sebenarnya guna daging tapi paham2 ajelah kat rumah ni memang jarang benar ada stok, ayam ni pun dah dekat 2 minggu rasanya dok bertapa dalam peti ais tu.. ^^

Pada pendapat cheq sue, masakan ni lebih kurang dengan masak kicap jugak. Cuma penambahan cuka tu buat dia rasa dan bau lain sikit. Oleh sebab cheq sue masak sikit aje, maka macam biasalah tang bahan2 tu disesuaikan dengan keperluan. Bila dikahwinkan dengan nasi kuning tu memang kenalah pada selera cheq sue, buat pulak berkuah2 sikit.

TQ pada kak amie yang sudi berkongsi resepi ni. Pada sape yang belum cuba tu bolehlah buat dan rasai kelainannya. Wassalam...

"SELAMAT HARI IBU"





 
AYAM SRI TANJUNG
Sumber : Buku Masakan Koleksi Saji
Sumber : Kak Amie

Bahan-bahan:
350 gram daging - potong dadu - Amie potong ikut nipis cheq sue ganti dengan 3 ketul ayam
2   1/2 sudu besar minyak masak
450ml air
1/2 sudu besar cuka - Amie ganti dengan 100ml yogurt asli cheq sue guna cuka
1 sudu besar puri tomato - Amie bubuh 2 sudu cheq sue masukkan sos tomato
1/2 sudu besar kicap pekat - Amie bubuh 1 sudu
3cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 labu bawang besar - belah 4 
150gram lobak merah - Amie tak bubuh cheq sue pun x bubuh
150gram ubi kentang - Amie bubuh lebih kentang sebiji aje
garam secukup rasa - Amie tambah gula

Bahan perap:
1  1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam 

Cara-cara :
1. Perap daging bersama bahan perap - Amie perap 1 jam
2. Panaskan minyak. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan bawang besar hingga wangi.
3. Masukkan daging yang telah diperap, kacau seketika.
4. Tuangkan air dan biarkan mendidih. Kecilkan api dan masak hingga daging empuk.
5. Apabila daging sudah empuk, masukkan lobak merah, ubi kentang, cuka, cuka, tomato puri, kicap pekat dan garam secukup rasa - Amie gantikan cuka dengan yogurt asli dan tambah sedikit gula.
6. Jika sukakan kuah yang pekat, bolehlah tambahkan dengan sedikit bancuhan tepung jagung - Amie tak bubuh sebab memang kuah sudah cukup pekat.


Stylish Thankyou

4 comments:

  1. Selamat Hari Ibu Cheq Sue...
    ha ha hahh tengok resepi dari blog list tadi macam pernah dengar je namanya, rupanya dari sumber yang sama he he hehh terima kasih Cheq Sue kerana sudi mencuba! Lepas ni boleh panggil Mieza dengan Rahel makan sama ye...

    ReplyDelete
  2. @Amie

    selamat hari ibu untuk kak amie...
    * masih tak layak sambut hari ibu ^^

    kalau nak ajak mieza dan rahel tu, kena makan nasi putih dengan ikan kering aje kak amie... lauknya dah habis dah

    ReplyDelete
  3. kuah macam masak kicap...boleh cuba!1...

    ReplyDelete
  4. @lieynanilaz

    mmmmm...memang boleh kata adk beradi masak kicap jugak ni...cuma kena cuba lah untu kelainannya

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]