Saturday, May 12, 2012

Nasi Kuning Ekspress


 

Pertama kali tengok Rahel publish ni, terus je cheq sue mark. Dengan nama sempoinya, dengan bahan2 yang mudah dan cara yang senang, memang kena sungguh tang 'ekspress'nya tu. Cheq sue tak pernah makan pun nasi kuning ni, kalau nasi warna kuning tu dah berkali-kali lah ^^

Dengan menggunakan resepi ni, cheq sue cuma ubah kuantiti dan bahan2 untuk disesuaikan dengan apa yang ada di rumah. Masak pun sikit je, 3/4 pot, dapatlah makan 2 kali. Kita nak makan sorang kan, jangan buat alasan. Kalau ikutkan memang la malas. Setakat 3/4 pot nak masak nasi camni memang kena kuat semangat la.

TQ pada Rahel kerana berkongsi resepi ni. Kalau korang xde masa nak masak tu boleh la cuba resepi ni, gerenti ekspress punya.... Sedapppppppppppp...
Wassalam...

Note : Selamat Hari Jururawat & Selamat Hari Ibu 


NASI KUNING EKSPRESS
Resepi : Rahel

Bahan-bahan :
150g beras
30g beras pulut 
400ml santan sederhana pekat* cheq sue guna bancuhan susu tepung (Omega)
1 sudu kecil serbuk kunyit*
2 lembar daun pandan-disimpul* tak masukkan
1 lembar daun salam* xde stok
2 lembar daun limau purut*
1/4 bawang besar-dicincang*
1 sm halia dicincang*
1 batang serai,diketuk*
1 sudu kecil jus limau nipis* cheq sue ganti dengan 1sk sunquick
Garam secukup rasa*

Cara-cara :
1.Cuci beras hingga bersih dan letak dalam periuk elektrik.Ketepikan.
2.Satukan bahan bertanda di dalam periuk kecil.Panaskan hingga mendidih.
3.Tuangkan ke dalam beras tadi dan teruskan memasak sambil dikacau skali-skala
   untuk mengelak santan pecah.Kemudian biarkan nasi kuning masak sepenuhnya.


Stylish Thankyou

11 comments:

  1. olohhh...sedapnya...tq for sharing...

    ReplyDelete
  2. kat umah tak pernah buat lagi nasi kaler kuning ni.. kalau pulut kuning pernah la,. huhuhu

    ReplyDelete
  3. tak pernah lai wat nasi kuning ni..mesti sedap..memula tgk igtkan pulut kuning..makan dgn lauk apa nasi kuning ni chew sue?

    ReplyDelete
  4. @Cik Pulau

    kalau gitu kena la cuba resepi ekspress ni, sesuai sangat untuk orang bujang yang bz

    ReplyDelete
  5. @Mieza

    nasi tu cheq sue makan dengan ayam sri tanjung, olahan dari resepi daging sri tanjung kak amie, nanti baru upload ^^

    ReplyDelete
  6. Hem..selamat malam Cheqsue...
    kesian nasi kuning tu..takde kawan..hehe..lauk dia mane?
    Thanks geng bab sudi mencuba..semoga sesuai selera..nyam nyam..

    ReplyDelete
  7. @rahel

    lauknya kita upload kemudian la rahel... kan la makan nasi aje ye dak... ishhhhh *^*

    ReplyDelete
  8. assalam
    salam kenal Cheq Sue
    cantik nasi kuningnya, berseri, ni kalu anak2 tgk pun suker makan

    ReplyDelete
  9. sedap nasi kuning..kalau time raya kat terengganu..ni lah hidangan utama, esp yang tinggal area kuala terengganu..makan dengan ikan ayer@ikan tongkol.. :) dah lama cikwan tak merasa nasi kuning..mampu tengok sambil telan liur je la... :)

    ReplyDelete
  10. Salam Cheq Sue..yana mark jgk nasi ni..terlepas pandng kot ms rahel tayang..mmg express jer tgk bhnnya.. :-)

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]