Friday, May 11, 2012

Kerabu Peria & Udang



 
 
1st time tengok Mieza publish, terus esoknya pi beli peria dan udang. Cheq sue memang penggemar peria. Kalau orang kata pahit, yang pahit itulah bagi cheq sue satu kenikmatan. Makan ratah gitu pun sedap. Konon2 buat ni untuk berbuka semalam, tapi xdan makan banyak sangat sebab termasak banyak jenis pulak. Xpelah, yang penting dah dapat rasa dan memang teruja dengannya.

TQ sangat pada Mieza sebab berkongsi resepi ni. Tapi cheq sue derhaka jugak sesikit nak sesuaikan dengan apa yang ada kat rumah.  Biasalah bab masak2 ni, nak kena ejas mana yang patut kan. Tambah2 pulak bila masak sikit dari kuantiti yang di nyatakan. Pandai2lah kita tambah tolak kat mana-mana. Kita yang buat dia kan...

Pada siapa yang suka makan kerabu tu boleh la cuba resepi ni pulak. Gerenti makan bertambah nasinya. Jangan lupa buat ekk... Wassalam...



 
KERABU PERIA DAN UDANG
Recipe : Mieza @ WAWMC


1 biji peria yang sederhana besar - potong, buang tengah dan hiris halus. Rendam dalam air garam selama 1/2 jam
cheq sue guna sebiji peria katak, hiris halus
300 gm udang - kupas kulit cheq sue guna dalam 8 ekor, belah 2
1/2 cawan dantan pekat x guna
2 sb kerisik cheq sue guna kelapa parut kulit hidup
1 biji limau nipis - ambil jusnya xde stok
garam dan gula


Bahan hiris:

1 biji bawang besar
2 biji cili merah
4-5 biji cili padi
1 kuntum bunga kantan
6-7 tangkai daun kesum
3 tangkai daun ketumbar

1 biji buah tomato - dadu cheq sue guna tomato hijau, hiris nipis

Bahan tumbuk halus:

3 biji bawang merah
3 biji cili padi
1 inci belacan
2-3 sb udang kering cheq sue ganti dengan ikan bilis

Cara-cara:

1. Toskan buah peria dan celur dalam air mendidih selama 2 minit. Angkat dan toskan airnya.
cheq sue celur peria terus bersama udamg dalam air panas mendidih + garam
2. Udang yang telah dikupas kulit dibersihkan dan dicelur hingga masak. Angkat dan toskan airnya.
3. Masukkan peria, udang, bahan hiris,bahan tumbuk dan semua bahan lain ke dalam mangkuk dan digaul rata. Rasakan masam, masin dan manisnya.
4. Hidangkan dalam mangkuk yang sesuai.
5, Jika suka boleh dicampur dengan sayuran lain seperti tauge, daun selom dan sebagainya..udang juga boleh diganti dengan makanan laut yang lain seperti kerang.
 

10 comments:

  1. hmmm nmpk sedap...kalau QH udang tu yg hilang dlu...

    ReplyDelete
  2. Peria buat masak lemak dengan udang pun sedap juga. :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaa..suka sgt peria..dh jd kerabu mcm ni lg kita suka :-)

    ReplyDelete
  4. Cheq sue..TQ sudi cuba resepi ni..mieza mmg suka peria sebab pahit2 sedap..peria katak pun mieza suka..selalu peria katak mieza buat sambal :)

    ReplyDelete
  5. Kat Sabah ni tak nmpk peria katak, kalau tnya pun penjual tak kenal kot. Bagus peria katak ni, ubat sakit apa tah adik akk bgtau dulu. Tapi.....kt kelantan yg bnyk.

    ReplyDelete
  6. bagus2.. baik utk kesihatan. tun smp skrg x pandai makan peria. hihi

    ReplyDelete
  7. Bertambah selera makan kalau ada kerabu macam ni..suke la..

    ReplyDelete
  8. wahhh aritu kt dapur mieza..arinie kt sini yer..nak udang tu dulu la..:)sedapnyaaa:)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum cheq sue...
    Akak pun suka sgt makan peria.. Tp akak x perna lg makan kerabu peria.. Nampak sedap...

    ReplyDelete
  10. Cheqsu! sedapnyer kerabuuuu :)laparr

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]