Friday, May 18, 2012

RVC ~ Semerah Cintaku!



 
 
Sebelum bercerita lanjut tentang RVC ni, suka cheq sue mengingatkan kawan2 untuk menyemak status kenaikan pangkat secara time base atau KUP secara online. Boleh baca di n3 ni...
 
Semerah cintaku. Ha ha ha... apa hal pulak ni ye... Bila buat RVC ni memang membara sungguh cintanya. Semarak merah memang sangat2 mengujakan untuk di rasa. Ini adalah kali ke2 cheq sue buat RVC yang mana hasil pertama tu kurang menjadi di bahagian toppingnya. Kali ni alhamdulillah segala-galanya kena walaupun topping sengaja dicaikan sedikit sebab hanya guna 1 ketul cream cheese aje. 
 
 RVC ni cheq sue buat untuk sambutan hari guru yang lalu. Memang sengaja buat kek istimewa di hari istimewa. Memang laris dan laku lah! Cuma satu adunan ni cheq sue  guna loyang agak besar, jadi kek tu agak rendah sikit kejadiannya. Untuk next time boleh buat penambahbaikan lagi. ^^






Di dalamnya dengan 2 lapisan kek berisi cream cheese yang sungguh yummy. Cheq sue sendiri tak cukup sepotong walaupun rasa bersalah sangat sebab makan tak hengat. TQ pada yang terlibat dalam pembikinan RVC ni terutama Cikgu Besarnya Kak Zai di Teratak Impian. Nanti nak cuba lagi. Wassalam...
 






 
 RED VELVET CAKE
Source : joy of baking
Terjemahan : hanamemories.blogspot.com
Sumber : Teratakimpian

Bahan-bahan
Bahan Kek
250g tepung kek *
1/2 sk garam *
15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
113g @ 1/2 cawan butter
160g gula kastor - resepi asal 300g
2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
1sk esen vanila
240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - hana buh 1sm jer - bleh ltk 2sm
1 sk cuka
1 sk soda bikarbonat

Cream Cheese Frosting
227g cream cheese
227 mascarpone - hana ganti cream cheese
115g @ 1 cawan gula kastor
360ml @ 11/2cawan whipping cream
hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut

Cara-cara
Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
Potong dan hidangkan.

Stylish Thankyou

8 comments:

Nuwairani Ismail said...

bestnye! cheqsue mcm tau2 je org teringin sgt nk mkn rvc ni..

Mas said...

red velved cake ni memang terbaikk...
sedapppnya...

adda syuhada said...

cedapppnya..nk mintk sepotong cehq su..maklumlah adda ni xpernah pun merasa kek nih..nk membaking pun xpandai-pandai lgi..uhuhhuuh

Liza said...

fuhhhhh, terbaeekkk laa...ni pun hati Liza tgh semerah baldu nak rasa kek tu, dapat secuit pun jadi laa.....hihihihi

Mieza said...

wahhhh merah menyala gitu RVC cheq sue..rasanya pun tentuk menyala2 hahaha...mieza ada sorang aunty y tk makan makanan bewarna merah termasuk la tembikai sebab masa dia kecik2 dulu baginya yg merah itu ialah cili...hihihi

FnF Simple Life said...

Hmmm...sedapnye... bila laaa nak timbul kerajinan buat RVC ye

Amie said...

Cheq Sue.... dah terjilat bibir dah ni... memang lazatnya tak terkata!

tun_telani said...

wahhh!! nk 3 potong! agak2 dlm ramai2 org, tun je yg blm menerai rvc nih..