Thursday, January 31, 2013

Siapa Tahu Nama Buah Ni?

 
 
Jom, kita asah minda sikit. Agak2 korang la apa nama buah ni? Cheq sue selalu tengok dalam food photography, memang unik dan class buahnya tapi tak tahu nama. Alkisahnya semasa latihan merentas desa (ikut trek sebenar), ada seorang mamat bangla tu bagi pada cheq sue, katanya boleh makan. Eh kita apa lagi, ambil ajelah, kalau nak beli saja-saja memang tak dapat la... Lagipun rasanya tak pernah lagi jumpa benda ni jual kat pasaraya...
 
 
Buah ni kan memang cantik betul sebagai props fotografi, menarik sangat pada mata cheq sue. Korang lak, camana? Yang sukanya bangla tu siap bagi pokoknya, tak tahu la panjang umur ke tidak, dah pun di tanam, harap2 hidup la dia, lepas ni kalau ada rezeki syok sikit nak bergambar. *_*
 
 
Keratan rentas buah tu, yang dah dingap oleh cheq sue. Rasanya tak la masam, ala-ala aja. Jadi, siapa yang dapat bagi jawapan tentang persoalan ni?
 
Stylish Thankyou

12 comments:

Amie said...

Cheq Sue... kami panggil buah ni buah letup-letup, dalam bahasa kami (jawa) dipanggil cimplu'an, masa kecik dulu selalu makan kalau jumpa yang masak, pokok ni selalu tumbuh sendiri terutama di kawasan / kebun yang baru dibuka. Kalau masak rasanya manis. Sekarang susah nak dapat.....

Kakcik Nur said...

Kakcik panggil buah leletup je, tapi tak pernah pula kakcik cuba makan buah ni. :)

JaSSNaNi said...

aah.. sama ler kita cheq sue.. kita panggil buat letop letop... :) time kecik2 dulu suka benor cari buah ni.. menjalor2 atas pokok..

Gee® said...

Buah leletop ke? nmpk cam menarik jer buah ni...

-<@ * Liana * @>- said...

Nama buah ni ialah Gooseberry :-)

-<@ * Liana * @>- said...

Saya makan buah ni satu - tiga biji je leh selebihnya macam tak berapa. Dia leh la sedap juga tapi lebih kepada wangi pada saya macam bila makan tu sekali rasa wangi buah tu. Ada masam2 sikit gak :-)

fazian.batrisyia said...

mmg cantik buat deco kek @ dessert sbb warna kuningnya yg memikat. Nama dia gooseberry.

zila norazila said...

akk pun panggil buah letup2..sedap..klu kt kg suka kutip tepi jlnn dulu2..skrg dh x der dah..

sitiezahim said...

salam kak che su, saya tak tau nama buah ni tp dulu mmg banyak kat jengka. mmg kami makan. hehe..dan nak tau, kat jerman ni pon ada jual kat pasaraya hik hik hik

Syimama said...

salam che su ... nak menyampuk gak. Zaman kecik2 dulu buah ni (LETUP-LETUP) kira buah rumput je..buat main2, kene pilih yang dah kuning kalau nak makan. Tapi sekarang ni tak pernah jumpa... kebun pun tak jejak, mana nak jumpa ....he3

zana fahmi said...

Serius, kakpb tak pernah tengok buah leletop yg org2 komen atas ni. Jakun skjp. Mcm tomato je?

Mamasya said...

Aslmkum Cheq Sue
buah ni mmg cantik buat prob.akk pun pernah mkn.