Zainab
dan Daus baru selesai menikmati seafood di Bagan Lalang. Kata Zainab, bukan dia
yang hendak, tapi anak-anak yang mahu makan lobster. Daus hanya tersenyum.
Sejak mengandung, manjanya Zainab semakin menjadi-jadi. Tambah-tambah pulak
apabila dia ada di sisi. Orang kata, semasa mengandung macam-macam pembawakan
budak.
Masa
bercinta dulu, tak ada pulak sebegini. Al-maklumlah…mana sempat. Selepas
berkahwin barulah mereka merasa manisnya. Sekarang Daus sudah berpindah ke
Kuala Lumpur. Meskipun sayang kerana terpaksa melepaskan syarikatnya di Pasir
Gudang, kebutuhan Zainab kepadanya mengatasi segala.
‘Abang
dah comfirm ke nak beli lot kedai dekat Serdang tu?’ Zainab mengajukan soalan
sambil menghirup limau suam. Daus ada memberitahu dia hendak membuka perniagaan
servis dan aksesori kereta.
‘Ha
ah yang. Hujung bulan ni insyaAllah abang akan jumpa dengan ejen. Agak-agak
bila sayang dah bersalin, baru abang settlekan hal kedai tu.’
‘Sayang
rasa takut la bang. Lagi sebulan je due sayang.’
‘Hish…jangan
la fikir yang bukan-bukan. Sekarang ni ada banyak hospital yang memberi
perkhidmatan terbaik. insyaAllah…tak ada apa.’ Daus menggenggam jemari Zainab.
Dia dapat merasakan tekanan yang Zainab rasai. Apatah lagi ini adalah
pengalaman pertamanya.
‘Sayang
harap macam tu lah. Abang dah ada cadangan untuk nama anak-anak kita ni?’
‘Kalau
kita namakan Ahmad Qadeer dan Nour Qalish, macam mana?’
‘Macam
la abang tahu anak kita ni lelaki dan perempuan. Kalau keduanya lelaki macam
mana? Atau perempuan?’
‘Abang
pasti yang…abang yakin anak kita ni lelaki dan perempuan.’ Daus merenung
Zainab. Dia kelihatan begitu yakin dengan telahannya. Segera dia meletakkan
tangannya ke perut Zainab. Terasa anak-anaknya menendang.
Zainab
tidak tahu jantina anak-anaknya. Sengaja dia ingin berahsia. Apapun lelaki atau
perempuan, biarlah kedua-duanya selamat.
*****
‘Sayang
dah siap ke?’ Daus menjenguk dari balik pintu. Hari ini dia dan Zainab akan ke
HUKM untuk pemeriksaan lanjutan. Oleh kerana Zainab hanya menanti masa untuk
melahirkan, periksaan perlu lebih kerap dijalankan. Tambahan pula ini kandungan
pertama dan anak kembar. Mereka juga banyak diberikan kaunseling dan penerangan
asas ilmu kekeluargaan.
‘Daaah.
Abang ni tak sabar-sabar pulak.’ Zainab datang sambil menjinjing beg tangannya.
‘Mesti
lah sayang oiii… Abang dah tak sabar nak tengok anak-anak abang ni.’ Dia
menghulurkan tangan dan Zainab menyambutnya.
‘Tak
ke mana nya bang…’
‘Mana
tahu yang…ajal maut ni bukan kita yang tentukan.’ Kata Daus seperti berbisik.
Tapi jelas di gegendang telinga Zainab.
‘Ish
abang ni…Kenapa cakap macam tu?’
‘He
he he… Jangan marah yang. Nanti anak ikut perangai sayang jadik garang.’
Daus
memandu kereta secara santai sahaja. Mereka masih awal. Temujanjinya pada pukul
10 pagi tetapi sengaja dia bertolak awal untuk mengelak sebarang kemungkinan.
‘Sayang,
abang tak sabar nak tunggu sayang bersalin.’ Kata Daus sambil tangannya
mengawal stering.
‘Abang
tak sabar, sayang lagi tak sabar.’ Balas Zainab. Tersenyum manja.
‘Kalau
boleh abang nak ada dengan sayang waktu tu.’ Daus memandang sekilas ke arah
Zainab. Wajahnya penuh pengharapan.
‘Mestilah
bang. Abang kena bagi semangat pada sayang tau.’
‘Tapi
abang nak minta maaf awal-awal pada sayang, manalah tahu abang tak dapat teman
sayang pulak.’ Sekali lagi Daus berbicara aneh.
‘Abang
ni…suka sangat cakap bukan-bukan. Sayang tak suka lah!’ Zainab berpura-pura
menarik muka masam. Dia geram dengan bicara Daus sebegitu.
‘Abang
ni mabuk darah sayang…mana la tahu tiba-tiba abang yang pengsan dulu.’ Daus
tergelak.
Hah?
Zainab
sama tergelak. Barulah sekarang dia tahu kelemahan suaminya yang langsung tidak
ditunjuk sebelum ini.
Kereta
berhenti di persimpangan empat lampu isyarat lima minit sebelum simpang ke
HUKM.
‘Abang
tahu tak?’ Zainab tiba-tiba meletakkan tangannya di tangan Daus. Daus membalas
renungannya.
‘Sayang
rasa bertuah sangat-sangat sebab memilih abang sebagai suami. Terima kasih
abang.’ Zainab berkata dengan penuh ikhlas. Tangan Daus dukucupnya.
‘Abang
pun rasa gembira dapat membahagiakan sayang. Abang harap jodoh kita berpanjangan.’ Daus
menzahirkan kasihnya terhadap Zainab. Dia mengucapkan syukur kepada Yang Esa
kerana memberikan kesempatan kepadanya untuk mengecap bahagia.
Daus
menukar gear kepada D apabila lampu sudah bertukar hijau. Pun begitu tanpa
disedari ada kereta di lorong kanan yang masih ingin bergerak walaupun lampu
telah merah.
‘Abang…..!’
Zainab menjerit setelah dia terpandangkan kereta berwarna hitam meluru ke arah
mereka.
Dan
apabila Daus sampai di pertengahan jalan, DAMMMMMMM….. kereta itu tepat
menghentam keretanya…dan lebih tepat lagi di bahagian pemandu…iaitu tepat ke
sisi Daus. Keretanya ditolak ke laluan kiri dan kenderaan yang sedang menunggu
giliran bergerak tidak mampu mengelak. Dan akhirnya kereta itu berhenti setelah
berpusing dua tiga kali… Bukan sahaja keretanya dirempuh, tetapi turut
melibatkan beberapa biji kenderaan lain yang sedang menunggu…
Mata
Daus berpinar-pinar dan kabur. Terasa ada cecair melekit di wajah dan tubuhnya.
Kakinya terasa kebas. Dadanya sesak. Belakangnya sakit. Rusuknya perit. Hanya
Allah yang tahu rasanya. Dia tidak mampu bergerak…
Zainab
turut merasa kejang di kaki. Perutnya berasa senak. Matanya memandang Daus yang
berlumuran darah. Dalam kepayahan Zainab menyeru suaminya. Dia melihat ada
ramai orang yang tidak dikenali berkerumun di sekeliling. Sebelah tangannya
memegang perut…mahu memastikan anak-anaknya selamat. Dia sesungguhnya risau dan
khuatir anak-anaknya menerima kesan akibat kemalangan tersebut.
‘Abang…bangun
abang…’ Zainab memanggil lemah. Dia menggoncangkan bahu Daus.
Dalam
kesakitan, Daus menghulurkan tangan kepada Zainab, tetapi tidak sempai
disambut. Tangannya terkulai dan dia kaku selepas itu.
‘ABANGGGG!!!!!”
Zainab menjerit. Kemudian sekelilingnya kelihatan gelap gelita….
*****
Cek
Mat baru selesai membawa anak-anaknya menjalani pemeriksaan bulanan ketika
kekecohan di HUKM berlaku. Deretan ambulan keluar masuk. Suasana di lobi juga
agak kecoh dengan kedengaran suara orang berbicara, malah ada juga yang
menangis. Kelihatan beberapa jururawat menyorong katil. Qayyum dan Qaishh tertanya-tanya.
‘Ada
kes apa ni bang?’ Cek Mat bertanya pada seorang lelaki yang kebetulan berdiri
di sebelahnya.
‘Saya
pun tak pasti encik. Katanya ada kemalangan ngeri di persimpangan lampu isyarat
depan ni.’
Kemalangan?
Pastinya ramai yang terlibat dengan kekecohan sebegini.
‘Macam
teruk aje ni gayanya.’
‘Katanya
seorang meninggal. Yang cedera ramai jugak.’
‘Mmmm…’
Cek
Mat tidak dapat menunggu lebih lama apabila anak-anak sudah merungut kerana
lapar. Namun, kakinya berat untuk melangkah apabila dia melihat sekujur tubuh
di atas katil yang baru ditolak masuk adalah insan yang sangat dikenali…yang
ada di sudut hatinya… Dia yakin itu adalah Zainab. Tambahan pula Zainab ada
memberitahu yang dia akan menjalani pemeriksaan hari ini. Wanita itu juga
berbadan dua. Tetapi tidak sedarkan diri dan badannya berlumuran darah.
Cek
Mat segera mendail nombor telefon Zamani dan Dayang, walaupun dia tidak tahu hujung
pangkal…tidak tahu apa cerita sebenarnya. Dadanya berdebar hebat…
*****
Zainab
memandang ke kiri dan kanan. Suasana hening ini terlalu asing baginya. Bayu
yang berpuputan menambah dingin dan kebeningan. Zainab tidak pasti kenapa di
berasa di sini.
Dari
satu sudut kelihatan satu susuk tubuh. Daus! Dia mengukir senyuman kepada
Zainab. Wajahnya bercahaya, penuh seri, sangat lain dari biasa. Senang dan
tenang Zainab memandang wajah itu. Berjubah putih…berkopiah senada…Daus datang
dan mengucup dahinya. Anak-anak dalam dakapan turut diciumnya. Daus tidak
berbicara apa-apa…hanya memandang Zainab penuh rasa cinta, kasih sayang yang
tidak pernah berkurang dan sentiasa membara.
Zainab
cuba menggapai tangan Daus tapi tidak mampu. Dia cuba mengikuti langkah Daus
tapi tidak bisa. Dia cuba berbicara sesuatu tapi peti suaranya bagai terkunci. Bagai
ada jurang yang besar antara mereka. Dan dari ruangan yang bercahaya…bayangan
Daus akhirnya hilang dari mata… Zainab terkesima. Yang tinggal hanyalah
bayang-bayang kenangannya…
No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]