Thursday, January 3, 2013

Dan Bunga Pun Berkembang # 6

 
 
 
 Zainab baru saja masuk ke dalam kereta ketika Daus menelefon. Urusannya di Pejabat Kastam selesai selepas sembahyang Jumaat tadi. Dan malam nanti mereka berjanji mahu makan sate kajang.
Dengan mengenakan blaus dan skirt, Zainab mengoleskan wajahnya dengan palitan mekap tipis. Selendang berbunga dikenakan dikepala. Puas hati dengan penampilan, dia turun ke ruang tamu. Daus kata dia on the way. Sah-sahlah Dayang telah memberikan peta rumah ini kepadanya. Seketika kemudian, kedengaran bunyi hon kereta. Hah, Daus sudah sampai. Jarak dari Hotel Equetorial Bangi hanya 15 minit ke rumahnya. Zainab segera keluar, mengunci pintu dan gril. Ketika dia membuka pintu pagar, Daus sudah berdiri tegak di sisi penumpang. Hensem sungguh dia, walaupun hanya memakai jeans dan t-shirt.
‘Assalamualaikum.’ Zainab mengucap salam.
‘Waalaikumussalam.’ Daus membalas dan membukakan pintu kereta untuknya. Zainab hanya tersenyum dan melangkah masuk. Aduh aduh…merasa jugak akhirnya aku menaiki BMW.
Seingat Zainab, inilah kali pertama dia keluar berdua dengan seorang lelaki setelah hubungannya dengan Syed Hamdan berakhir. Pelbagai perasaan berbaur di dadanya. Suka ada, gembira ada, takut ada, berdebar pun ada.
‘Nab…cantik awak malam ni.’ Daus memulakan bicara.
‘Awak baru tahu ke Daus?’ Zainab membalas. Seserius-serius dia menjadi jugak apabila kadang-kadang membuat lawak. Mereka berdua tergelak.
‘Saya rasa tak mahu makan sate la Nab, kita ke tempat lain la ye.’
‘Eh… tadi beriya-iya nak makan sate…tiba-tiba berubah fikiran pulak. Kenapa?’
‘Saya ternampak satu restoran tadi, macam best je kat situ. Kita cuba ye?’
‘Restoran apa?’
‘Saya tak ingat apa ke namanya Nab…awak tengok lah nanti.’
Ooooo….Restoran Adinda rupanya. Zainab ada jugak kadang-kadang makan di sini bersama Dayang. Memang kelass dan boleh diberi lima dari lima bintang.
Mereka duduk di anjung restoran, sedikit privacy. Daus memesan set dinner.
‘Awak selalu makan kat sini Nab?’
‘Pernah la jugak sekali dua. Selalunya saya makan kat rumah aje.’
‘Umi cakap awak pandai masak.’
‘Umi awak tu menambah aje. Saya ni masak sikit-sikit bolehlah. Setakat makan sendiri.’
Sedang mereka mikmati makan malam, telefon Zainab berdering. Adush, dia terlupa membuat silent mode. Abang Zamani rupanya. Segera dia menyambut panggilan abangnya.
‘Assalamualaikum bang.’
Bang? Daus terkejut mendengar bicara Zainab. Siapa pulak ni? Jangan-jangan ada orang hendak potong jalannya.
‘Waalaikumussalam. Nab kat mana ni?’
‘Nab tengah makan ni bang. Dengan kawan.’
Kawan? Aku le tu…
‘Esok Nab datang ke rumah ye..kita makan tengah hari bersama.’
‘Baik bang. Pagi esok Nab pergi.’
‘Eh…kawan Nab ni lelaki ke perempuan?’ Tanya Zamani, sambil tergelak.
‘Abang ni sibuk je. Jumpa esok ye. Assalamualaikum.’
‘Waalaikumussalam.’
Daus tersenyum mendengar gelak Zainab. Manja je bunyinya.
‘Sori Daus. Abang saya.’
Ah….nasib baik. Kalau abang yang dot dot tu alamat melepas lah dia.
‘Abang Zamani kan?’
Amboi…agaknya apa maklumat yang Daus tak tahu…bijak sungguh budak Dayang ni…
‘Maaf la Nab, Dayang banyak bercerita pada saya.’
‘Agaknya macam-macam dia beritahu awak ye?’
‘Jangan risau…semua yang baik-baik aje.’
‘Bila awak balik ke Johor?’
‘Kenapa?’
‘Saya ingat nak ajak awak ke rumah abang saya. Makan-makan.’
‘Kalau macam tu Ahad la saya balik.’
‘Eh..ada pulak macam tu. Kalau awak nak balik esok pun xpe la Daus. Bisnessman macam awak ni memang sibuk 25 jam.’
‘Takpe la Nab..saya nak jugak bertemu dengan bakal abang ipar saya tu.’
Uhuk.. uhuk.. uhuk.. Bakal abang ipar? Zainab meneguk jus kiwi. Semberono je si Daus ni. Tersedak aku dibuatnya!
‘Nab..harini harijadi awak kan?’ Daus memandang tepat ke mata Zainab.
Eh…ye ke? Hari ni harijadi aku? Alamak…
Zainab hanya mengukir senyum.
‘Nampaknya kita berkongsi hari lahir yang sama.’ Berkongsi hari lahir? Betul ke hari lahir Daus sama dengan hari lahir aku?
‘Saya belum jumpa orang yang punya tarikh lahir sama dengan saya.’
‘Now you see. Saya ada hadiah untuk awak Nab.’
Daus menghulurkan kotak kecil berbalut kertas berwarna biru dihias degan juntaian riben merah jambu.
‘Awak ni susah-susah je Daus. Dah tua-tua ni malu pulak nak berhari jadi.’
‘Buka lah Nab. Saya harap ianya sesuai dengan awak.’
Zainab berdebar. Dia dapat tahu apa isinya. Dan apabila kotak kecil itu dibuka, telahannya tepat sekali, sebentuk cincin emas putih, bertatah berlian. Zainab mendongak ke arah Daus.
‘Apa maksudnya semua ini Daus?’ Zainab bersuara dengan mata yang berkaca.
‘Saya cintakan awak Nab. Kalau awak sudi, saya mahu melamar awak menjadi isteri saya yang sah.’
Subhanallah…benarkah apa yang didengar Zainab tika ini? Air mata nya mengalir di pipi.
‘Izinkan saya membahagiakan awak Nab. Saya berjanji akan membahagiakan awak dunia akhirat.’
‘Saya tak ada hadiah pun untuk awak Daus.’
Daus mencapai jemari Zainab. Cincin di dalam bekas dikeluarkan dan dia menyarungkannya ke jari manis Zainab.
‘Awaklah hadiah hari jadi saya yang terbaik Nab, yang teristimewa.’ Daus berkata. Dia lantas menyeka deraian mutiara di pipi Zainab.
*****
‘Kak Nab baru balik?’ Suara Dayang kedengaran dari dapur. Eh, bila pulak budak ni sampai?
‘Dayang tak bagitahu akak pun dah tamat praktikal.’
‘Penyelia Dayang lepaskan 3 hari awal kak…Dayang pun balik la.’
‘Dayang masak apa ni? Macam sedap aje baunya.’ Zainab menjenguk ke dalam kuali.
‘Nasi goreng je kak.. Wah…akak pakai cincin lah.’ Dayang yang ternampak kilauan permata di jari Zainab segera membelek-belek.
Zainab hanya tersenyum sambil menunjukkan cincin di jarinya. Keningnya sengaja dinaikkan.
‘Akak! Akak dengan along? Haaaa……….’ Dayang separuh terjerit melihat Zainab menganggukkan kepala. Dia segera memeluk Zainab seeratnya. Hanya Tuhan yang tahu betapa dia gembira along telah menemui jodohnya..apatah lagi dengan Kak Nab yang sangat secocok dengannya. Bukan setakat satu, tapi dua ibu jari dia hendak tunjukkan kepada along.
‘InsyaAllah kami akan berkahwin hujung bulan ni. Dayang ikut akak ye.’
‘Cepatnya kak. Sempat ke nak buat persiapan?’
‘Akak dengan along nak buat majlis kecil-kecil je Dayang. Maklumlah….’
‘Apa pulak kak…majlis ni kan majlis penting, mesti diraikan.’ Dayang kalau bercakap mengalahkan orang tua.
‘Nanti majlis Dayang baru kita buat grand-grand okay.’
‘Akak ni…’ Dia masih tidak percaya Zainab akan menjadi kakak iparnya.
 *****
Zainab mengambil cuti dua hari. Daus dan keluarga akan bertandang ke Bentong untuk berkenal-kenalan. Mereka ingin menetapkan hari untuk perkahwinan Daus dan Zainab. Daus mahupun Zainab bersetuju untuk terus bernikah tanpa bertunang terlebih dahulu.
Zainab masih ingat betapa gembira emak dan ayahnya semasa dia menelefon memberitahu perihal Daus selaku bakal suaminya. Mak Jah tersangatlah teruja kerana akhirnya anak dara kesayangannya telah bertemu jodoh. Dan dia tambah teruja mengetahui bahawa abang Dayang adalan calon menantunya. Tanpa berfikir panjang dia terus bersetuju. Pak Din juga terus menganggukkan kepala. Dia yakin dan pasti pilihan Zainab adalah yang terbaik.
Cek Mat agak terkejut bila Zainab memaklumkan dia bakal berkahwin. Dua kali dia bertanya memastikan berita yang didengarnya itu tepat. Meskipun dihatinya ada sedikit perasaan kecewa, dia tetap mengucapkan tahniah dan mendoakan kebahagiaan Zainab selamanya. Perasaan cintanya yang baru tumbuh untuk Zainab ditanamkan jauh didasar hatinya.
Abang Zamani dan Kak Aisyah turut bergembira dengan perkhabaran dinyatakan Zainab. Semasa Zainab membawa Daus makan tengahari di rumahnya baru-baru ini, Daus ada membincangkan perkara itu tanpa pengetahuan Zainab. Dan sebagai abang, Zamani dapat melihat kesungguhan serta keikhlasan Daus terhadap adiknya. Dia menerima Daus seadanya.
Mak ngah pula siap menawarkan diri untuk menyiapkan segala keperluan. Menghias pelamin dan bilik pengantin, serta menyediakan hidangan makan beradab. Walaupun Daus bukan calonnya, dia tetap bergembira kerana Allah telah memakbulkan doanya…
Alhamdulillah….

Stylish Thankyou

1 comment:

  1. ni novel ke? alamak dah yg ke6 ni...cam lost la plak hehehe

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]