Monday, January 14, 2013

Kacang Phool

 
 
Sebelum bercerita tentang menu ni, selamat bercuti buat semua warga Negeri Sembilan bersempena dengan Keputeraan Yang Di Pertuan Besar pada hari ini.
 
Sarapan hujung minggu. Dah lama teringin nak buat tapi asyik kiv aje memanjang. Suka sangat dengan menu ni, unik dan macam best je bila sebut. Saya sebenarnya tak pernah makan kacang phool ni, tengok bila kawan2 post entry ajelah. Jadi yang sebenarnya saya tak dapat nak kata menu ni sedap ke tidak sebab tak tahu rasa sebenarnya. Memang saya makan, rasanya pun boleh tahan sedap, tapi setakat itu sajalah...tak boleh dibandingkan dengan hasil yang sebenar.

Jadi pada minggu lalu saya cuba la buat, guna 1 tin bake beans (tin kecil aje pun). Rempah kari daging tak ada, saya guna rempah kari ikan. Agak pelik jugak bila bergandingan dengan daging ayam kisar. Dah rupa kari pun ada. Bila dicicah dengan roti tu layan aja sampai 4 keping. He he he.. Kalau tak jadi kacang phool pun, saya memang suka makan roti dengan bake beans tu. Tambah pulak bila ada daging ayam kisar ni lagi la saya suka.

 
Nah, kita kasi zoom sikit.
v
v
v
v
v
 
Konon2 nak buat running egg, entah camana bila nak angkat tu terpecah pulak.  Guna pan saiz besar, tak elok pulak kejadian telur gorengnya. *_*. Terima kasihlah kepada Che Mat yang sudi berkongsi resepi ni. InsyaAllah boleh cuba buat lagi selepas ni. Wassalam.

 
KACANG PHOOL
Sumber : Mat Gebu

Bahan-bahannya :-)
1 tin kacang "Phool", diramas kasar2 (Mat guna bake beans, jadi tak payah ramas)
150 g daging cincang
1/3 cawan jus asam jawa
2 camca besar rempah kari daging + sedikit air, kacau rata (jenama Baba's)
1 camca besar cili kisar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa

Bahan lain :-)
Telur, digoreng mata kerbau
Bawang besar, didadu
Tomato, didadu
Cili hijau, dipotong
Limau kasturi, dibelah dua
Sedikit minyak sapi, dicairkan

Cara membuatnya :-)
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan rempah kari dan daging cincang, masak hingga daging kecut dan tambah air (anggaran 1 cawan).
Bila mendidih, masukkan jus asam jawa. Tambah sedikit garam dan gula. Kecilkan api dan renih hingga pekat. Tambah bake beans, dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Cara penyediaannya :- Cedok kacang phool ke dalam bekas, letak sekeping telur mata kerbau, tabur tomato, bawang dan cili hijau tadi. Tuang sedikit minyak sapi cair (mat ganti dengan minyak zaitun) dan perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti canai atau roti biasa....

Stylish Thankyou

8 comments:

  1. salam cheqsu, terliur tengok kacang phool tu macam nak cicah roti ja ni baked beans pun ada kat umah boleh lah try...

    ReplyDelete
  2. Salam Cheq sue,
    sedapnya kacang phool ni...bila la umi nak buat...cari kacang phool tak jumpa2

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum cheq sue..
    wahhh sedapnya roti kacang phool ni.. nani penah makan skali je.. tu pun tetiba nampak menu ni kat kedai makan cheras tak lama dulu.. terus order.. sedappp... lenkali nak test wat sendiri plak...

    ReplyDelete
  4. Adui Cheq Sue... telur pecah meleleh tu buat liur kita ikut leleh sama!

    ReplyDelete
  5. Cheq sue..sedapnya makan roti cicah kacang pool..mak mentua selalu buat..mieza blm lg mencuba...nnt mieza nak cuba juga...bila tu? tatau la hahhah

    ReplyDelete
  6. Assalam sue, kalo abe akk dia mkn gitu je kacang tu, lain kali boleh cuba mcm ni mesti best ada isi ayam

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]