Thursday, January 10, 2013

Hazelnut Haven Cake With Butterscotch & Peach

 
 
Kek pertama 2013. Bukan yang ditempah, tetapi dibuat untuk 2 orang insan yang cheq sue sayang. 1 Januari, ulangtahun si dia dan si dia, serta kepergian anak angkat, Hawa ke sekolah berasrama semalam. Dah janji nak buat kek, untuk makan-makan.
 
Tercapai jugak hasrat nak cuba buat kek ni yang digoda oleh Kak Ita. Walaupun ada beberapa peringkat penyediaan, tetapi sungguh berpuas hati dengan hasilnya. Rupanya tidak la secantik yang Kak Ita buat, tetapi rasanya memang sedap. Ala-ala SR gitu. Macam biasalah, resepi yang dikongsikan tu, di oter sikit2 berdasarkan bahan-bahan yang ada kat rumah.
 
 
 1st time guna cutter abjad dan instant fondant. Naik seri sungguh warna merah dengan putih tu. Nama pun 1st time kan, susun huruf pun bengkang bengkok gitu. Bila ingat2 semula rasa nak gelakkan diri sendiri.
 
  
Pandangan sisi. Ditempek dengan karamel hazelnut yang sangat sedap. Nampak sangat la sikit, tak balance sebab tak banyak...

v
v
v

Di bawah ni pulak pandangan di dalam. Cheq sue turut meletakkan sedikit hirisan peach untuk membuatkan rasa sedikit masam, takut2 muak kacang dengan whip cream. Nak guna cream cheese tak ada stok, lagipun banyak jugak kuantiti yang diperlukan. *_* Seriously, gabungan kek kopi (cheq sue buat kek kopi sebab paste hazelnut tak ada) dengan wangi karamel kacang memang sangat-sangat kena, ngam. Tambah pulak dengan sos butterscotch, memang unik kek ni.

TQ pada Kak Ita & tuan punya resepi yang sudi berkongsi. InsyaAllah jika ada permintaan, boleh cuba buat lagi. Wassalam..

 
HAZELNUT HAVEN CAKE WITH BUTTERSCOTCH  & PEACH
(Dari resepi : PECAN HAVEN CAKE WITH BUTTERSCOTCH FROSTING)
Sumber : Kak Azlita @ Masam Manis 

COFFEE SPONGE CAKE
275 gm tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 teaspoon baking soda
Secubit garam
* Semua bahan di atas di satukan kemudian di ayak

150 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan
220 gm gula perang saya guna dalam 200g
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar hazelnut paste ganti dengan coffee paste
2/3 cawan (115 gm) buttermilk ~ suhu bilik buat sendiri (2/3 cawan susu segar + 1 sb cuka - biar 5 minit)

Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan loyang dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 170C
Dalam bekas mixer, pukul butter dan gula perang dengan kelajuan sederhana hingga berkrim.
Masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus putar hingga gebu
Tambahkan esen vanila dan paste hazelnut dan terus putar hingga bergaul sebati
Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung ~ tepung - buttermilk - tepung - buttermilk - tepung
Boleh juga gunakan kaedah kaup balik semasa memasukkan tepung dan buttermilk
Bila adunan telah sebati, tuangkan ke dalam loyang
Bakar kek dalam oven pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Untuk mengetahui adunan telah masak atau tidak, cucuk di tengah kek dengan lidi yang bersih, jika lidi keluar licin, bermakna kek telah di masak dengan sempurna.
Bila kek telah masak, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum di potong.
Bila kek telah sejuk, potong kek kepada 3 kepingan.
Ketepikan.
 
KACANG KARAMEL
1 cawan kacang Pecan x guna
1/2 cawan kacang Hazelnut
80 gm gula perang
2 sudu besar madu
** bahan-bahan ni cheq sue kurangkan mengikut keperluan sebab guna hanya 1/2 cawan hazelnut

 
Kedua-dua kacang di panggang terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 170 selama 15 minit.
Masukkan gula perang ke dalam periuk
Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api yang sederhana
Jangan sampai gula hangus
Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin
Kemudian masukkan kacang yang telah di panggang tadi.
Gaul rata dengan segera
Kemudian tuangkan di atas loyang yang beralaskan baking paper
Biarkan ia sejuk dan mengeras.
Bila kacang telah sejuk dan keras, cincang sedikit.
Ketepikan.

CREAM CHEESE BUTTERSCOTCH FROSTING
340 gm mentega tanpa garam
1 1/2 cawan gula perang
1 cawan  whipping cream / heavy cream / thick cream
1/2 sudu kecil garam
580 gm cream cheese ~ dilembutkan
1/2 cawan gula icing ~ di ayak
1 sudu teh esen vanilla

Mula-mula kita sediakan butterscotch terlebih dahulu
Ambil 1/3 daripada mentega dan masukkan ke dalam periuk kecil
Panaskan atas dapur dengan api yang sederhana hingga butter mencair
Kemudian masukkan gula perang
Masak hingga gula melarut
Selepas itu masukkan garam dan whipping cream / heavy cream / thick cream
Kacau hingga ia licin dan berkilat
Matikan api dan biarkan butterscotch sejuk sepenuhnya.
Bila butterscotch telah sejuk, barulah kita mulakan proses membuat Cream Cheese Butterscotch Frosting.
Dalam bekas mixer pukul cream cheese dan gula dengan speed sederhana hingga ia lembut dan berkrim
Tambahkan butter yang selebihnya tadi ( butter mesti lembut) dan terus pukul hingga ia rata dan berkrim.
Kemudian masukkan butterscotch yang telah sejuk tadi bersama sedikit esen vanilla.
Terus putar hingga adunan lembut, licin dan berkrim.
Masukkan Cream Cheese Butterscotch Frosting ke dalam piping bag, ini bertujuan untuk memudahkan kita meratakan cream atas kek kita nanti.
Jika cream agak lembik simpan sekejap dalam peti ais anggaran 15 minit
** cheq sue hanya buat frosting biasa dengan menggunakan whip cream

BUTTERSCOTCH SAUSE
2/3 cawan gula perang
6 sudu besar mentega ~ potong kecil
1/2 cawan corn syrup
secubit garam
1/2 cawan heavy cream / thick cream / whipping cream
** cheq sue buat separuh adunan ini

Masukkan gula perang, mentega, corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana sehingga gula melarut.
tambahkan thick cream / whipping cream / heavy cream
masak hingga pekat
Sejukkan
Butterscotch yang terhasil ni agak pekat, masa nak sapu tu kena panaskan semula, mungkin cuaca kot
Ambil sekeping daripada kek yang telah kita potong tadi.
Letakkan atas lapik kek
Kemudian letakkan Butterscotch Sourse
Ratakan pada keseluruhan permukaan kek kita tu tadi.
Kemudian ambil, Kacang Karamel yang telah kita cincang-cincang tadi.
Taburkan atas permukaan kek kita itu.
Jangan letak banyak sangat tau, nanti susah nak potong kek pulak!
Letak sekadar rata sahaja.
Selepas tu, dengan menggunakan piping bag yang kita telah isikan Cream Cheese Butterscotch Frosting tadi dan mulalah lingkarkan atas kek kita.
Ratakan.

Ambil sekeping lagi kek, lapisan kek yang ke 2
Sapukan dengan butterscotch source
Kemudian telangkupkan atas krim tadi.
Ini bermakna, lapisan kek yang kedua diletakkan butterscotch pada kedua-dua belah.
Faham tak ye??

Kalau tak faham macam ni
Mula kita letak kek ~ butterscotch source ~ kacang karamel ~ Cream Cheese Butterscotch Frosting ~  butterscotch sourse (sapu pada kek ke 2) ~ kek ~ butterscotch sourse ~ kacang karamel ~ Cream Cheese Butterscotch Frosting ~ Butterscotch sourse ( sapu pada kek ke 3)
Akhir sekali kita salutkan atau lempakan kek kita tadi dengan lebihan Cream Cheese Butterscotch Frosting.
Simpan dalam peti ais hingga cream cheese mengeras
Kemudian bolehlah deco cake mengikut kreativiti masing-masing.

Hiaslah kek dengan kacang karamel yang telah di cincang.
Tuangkan juga Butterscotch Sourse

* Jika Butterscotch Sourse agak cair, panaskan semula dan tambahkan sedikit coklat masakan putih untuk memekatkannya.
Tunggu ia benar-benar sejuk baru tuang atas kek.

Stylish Thankyou

No comments: