Saturday, January 5, 2013

Dan Bunga Pun Berkembang # 7

 
 

Zainab dan Daus sedang membeli keperluan perkahwinan mereka di Pavillion. Tujuh dulang diberikan Daus akan dibalas lima oleh Zainab. Daus yang kebetulan ada urusan di Kuala Lumpur memanfaatkan sepenuhnya peluang itu.
‘Eh Lily, syopping ke?’ Zainab menegur Zalily, teman sekampunya.
‘Eh Nab. Lama tak jumpa. Kerja kat mana sekarang?’ Mereka saling bersalaman.
‘Di Cheras. Kau?’
‘Aku uruskan rumah anak yatim. Ini kad aku, kalau ada apa-apa call lah. Aku tak boleh lama ni Nab. Nanti kita jumpa lagi ya.’
Zalily berlalu pergi. Nampak benar dia sedang tergesa-gesa.
‘Siapa tu Nab?’ Daus tiba-tiba bertanya. Agaknya dia sudah siap mencuba kemeja.
‘Kawan sekampung Nab. Dah lama tak jumpa.’
‘Jom kita ke sana Nab. Saya nak pilih perfume.’
‘Saya nak tengok jam dulu.’
‘Kalau macam tu jom lah.’
‘Saya macam tak percaya je kita akan berkahwin.’ Daus memberitahu Zainab setelah mereka selesai membeli belah.
‘Kenapa awak cakap macam tu?’ Zainab ingin tahu.
‘Setelah kematian Julia, saya fikir saya tak akan bertemu insan yang dapat menggantikan tempatnya.’
Julia adalah tunangan Daus yang telah meninggal akibat paru-paru berair. Sejak itu Daus tidak pernah berhubungan dengan mana-mana perempuan lain. Hatinya terkunci rapat sehinggalah dia bertemu dengan Zainab.
‘Habis tu? Macam mana tiba-tiba awak boleh memilih saya?’ Zainab terus menduga.
‘Sejak mula-mula terpandang awak, saya terus jatuh cinta Nab…mungkin Tuhan memang telah menyediakan awak untuk saya.’
Zainab percaya kerana dia juga merasai yang sama.
‘Saya ingin membina keluarga bersama awak. Julia ataupun Syed Hamdan, biarlah menjadi kenangan dalam hidup kita…’
*****
Anggun dalam persalinan biru laut, Zainab tenang di belakang Daus. Suasana di Masjid Besar Bentong damai dan hening pada pagi pernikahannya. Dayang dan Kak Aisyah di kiri dan kanan. Emak pula berada bersebelahan abang Zamani. Zainab terasa sungguh berdebar. Berlainan dengan debar yang dirasai semasa di pernikahan Darlina. Dia cuba menenangkan diri.
‘Aku terima nikahnya Zainab Atiqah bt Nordin dengan mas kahwinnya lapan puluh ringgit tunai...’
‘Sah?’ Kanan.
‘Sahhhh.’
‘Sah?’ Kiri.
‘Sahhhh.’
‘Alhamdulillah…’ Dengan sekali lafaz Zainab sah menjadi isteri kepada Daus. Masing-masing melafazkan syukur pada Yang Maha Esa. Hari ini satu lagi masjid selamat dibina.
Di saat Daus menyarungkan cincin ke jari manis kanannya, di saat dia tunduk menyalami dan mengucup tangan lelaki yang sah bergelar suaminya, di saat Daus mengucup dahinya…Zainab tidak mampu menahan air mata dari tumpah. Dia terharu kerana akhirnya dia telah selamat bergelar isteri. Dan sejak tangan Daus menggenggam  tangan Qadhi untuk ijab kabul tadi, dia telah berazam untuk menjadi isteri yang terbaik buat suaminya….
Sebetulnya sehingga saat ini Zainab masih tidak percaya apakah betul keputusan yang dilakukan ini? Dia mempertaruhkan hidupnya setelah bergelar isteri Daus sesaat tadi. Dalam hati dia berdoa semoga Allah merahmati hidup dan sentiasa memacu mereka ke arah yang terbaik.

Agaknya Zainab sudah selamat menjadi isteri orang. Cek Mat agak ralat kerana tidak dapat menghadiri majlis Zainab. Ketiga-tiga anaknya demam serentak. Begitulah kembar seiras kesayangannya, jika salah seorang sakit, pasti yang lain akan turut sakit. Jika adik demam, abang-abang akan turut demam. Sebab itulah emak beriya-iya menyuruhnya berkahwin lagi…sekurang-kurangnya dapatlah meringankan bebannya. Tetapi Cek Mat berpendapat bukan semua dapat menerima anak-anaknya yang bermacam ragam itu. Dia masih berbekas dengan layanan Zainab dahulu. Subhanallah…Zainab bukan ditakdirkan untuknya!!!
 *****
Balik dari berbulan madu di Langkawi, Zainab mengadakan sedikit jamuan di rumahnya. Dengan bantuan Dayang dan Kak Aisyah, dia dapat membuat nasi minyak untuk dijamu kepada kawan-kawan sepejabat dan teman-teman yang tidak berkesempatan untuk datang ke majlisnya bulan lepas. Di majlis itu juga dia ingin memperkenalkan suaminya. Emak dan ayah serta mentuanya juga turut sama dalam majlis itu. Mereka datang sambil-sambil makan angin ke Kuala Lumpur.
Tepat jam 9 malam, ramai yang telah tiba. Daus dan Zainab sudah tentulah mengenakan pakaian sedondon. Dan warna merah menyemarakkan lagi cinta pengantin baru itu. Jauhari yang datang dengan isteri dan anak-anak berulangkali memohon maaf kepadanya atas kata-kata pedasnya. Dia mengucapkan tahniah kepada Zainab dan tanpa segan memeluk Daus sebagai tanda dia meminta maaf.
Seketika kemudian Cek Mat datang dengan anak-anaknya.
‘Tahniah Nab, Daus. Maaflah saya tak dapat ke Bentong, anak-anak tak sihat.’
‘Tak apalah Cek Mat. Saya faham.’
‘Makcik Nab…ini siapa?’
Qasseh yang comel berbaju kurung menunjuk ke arah Daus. Dia tak pernah melihat lelaki itu. Qayyum dan Qaishh di belakangnya turut berwajah tertanya-tanya.
‘Qasseh…itu suami Makcik Nab. Cepat salam…abang, salam dengan pakcik.’
Qasseh, Qayyum dan Qaishh bersalam dengan Daus kemudian bersalam dengan Zainab. Dan Zainab dengan rasa kasihnya mencium pipi anak-anak itu tanpa beza.
‘Jemput makan Cek Mat… abang, adik jom makan.’ Daus mendorong Cek Mat ke meja. Zainab mengiringi anak-anaknya.
‘Yang…abang suka kalau kita dapat anak-anak kembar macam Cek Mat tu…’ Daus berbisik ke telinganya.
Adoyai….
‘Kalau ada rezeki kita bang…insyaAllah.’
Cek Mat hanya mampu menahan perasaan melihat kemesraan Zainab dan Daus. Dia sesungguhnya cemburukan Daus yang terlebih dahulu dapat memiliki Zainab.
‘Papa..adik nak ayam.’ Panggilan Qasseh mengejutkannya…
*****
Lima bulan berlalu…keadaan kembali seperti asal. Zainab kini bahagia bergelar isteri walau hanya berjumpa di hujung minggu. Daus mempunyai komitmen di Johor sedangkan dia selesa di Mesra Iklan. Pedih juga rupa-rupanya perkahwinan jarak jauh ni… Kekadang rindu yang mencengkam tak mampu dihuraikan. Bila malam-malam dia terjaga, mengharapkan suami ada di sisi untuk memeluknya tetapi tiada. Zainab pasrah. Jika Daus tidak dapat datang, dia akan turun ke Pasir Gudang.
Rakan-rakan sepejabat tidak lagi berprasangka kepadanya. Jauhari sudah diam. Tiada lagi kata-kata yang menyakitkan hati. Inilah hikmahnya sebuah perkahwinan.
 *****
Zainab dan Dayang  sepakat untuk ke Taman Tasik pada suatu hari minggu. Daus tidak dapat datang kerana terpaksa ke Singapura. Semenjak tamat pengajian,  dan kini telah bekerja di Seremban, jarang-jarang dapat berjumpa dengan Dayang. Dan apabila adik iparnya ingin datang, Zainab terus bersetuju. Dapatlah Dayang menemannya.
‘Akak tak sihat ke? Dayang tengok muka akak pucat aje.’ Dayang bertanya sebaik habis satu pusingan mereka berjalan.
‘Akak sihat je tapi sejak kebelakangan ni akak penat sikit..banyak betul kerja di pejabat.’
‘Jom lah kita duduk dulu. Risau Dayang tengok akak.’
Nampaknya Dayang sudah semakin matang. Sifatnya tidak seperti dulu.
Zainab memicit tengkuknya. Tiba-tiba dia berasa loya. Bagai ada sesuatu di dalam tenggoraknya. Dia berlari ke tong sampah dan segala isi perutnya terkeluar di situ.
Dayang mengusap-usap belakang kakak iparnya. Dia kerisauan. Kak Nab salah makan ke?
‘Jom Dayang bawa akak ke klinik. Muka akak pucat sangat ni..’
Zainab tidak mampu menolak. Dia masih berasa loya…

‘Tahniah puan. Puan mengandung tiga bulan.’ Doktor Janet tersenyum kepada Zainab.
Mengandung? Betul ke ni? Aku mengandung? Alhamdulillah…
Zainab mengucapkan terima kasih dan bergerak ke kaunter ubat. Doktor Janet membekalkan asid folik dan beberapa vitamin tambahan yang lain.
‘Macam mana kak? Doktor cakap apa?’
‘Akak penat je Dayang. Doktor suruh akak rehat. Bukannya akak reti.’ Zainab menyorok khabar gembira dari Zainab. Dia mahu berkongsi berita itu dengan Daus. Dia mahu suaminya menjadi orang pertama memeluknya kerana itu.
‘Kita singgah makan cendol dulu, nak tak?’
Eh sejak bila pulak kakak ipar aku ni minum ais..selalunya dia pantang. Tapi kerana memikirkan keinginan Zainab, dia turutkan saja…

‘Assalamualaikum sayang.’
‘Waalaikumussalam. Abang kat mana ni?’
‘Abang baru je selesai kerja di Singapura. Sekejap lagi abang nak balik lah. Sayang sihat?’
‘Sihat. Sedapnya bang kalau dapat makan rojak singapura…’
‘Sayang…kalau dekat abang dah tapau untuk sayang.’
‘Tadi Dayang bawak sayang ke klinik.’ Zainab rasa ralat pulak kalau tidak diberitahu suaminya.
‘Klinik? Kenapa? Sayang sakit ke?’ Suara Daus kedengaran risau.
‘Tak..sayang penat je. Sekarang ni ada banyak sangat kerja dekat ofis.’
‘Itu la…abang suruh sayang retire je sayang tak nak.’
Aduiiii….rasa loyanya menyerang kembali.
Zainab menyapu minyak cap kapak dihidungnya… Tak menjadi..
‘Sayang bukan taknak…tapi nanti-nanti lah setahun dua lagi…’
Allahuakbar…rasa loya sungguh…
‘Abang kejap ye…’ Zainab meletakkan telefon dikatil.
‘Kenapa sayang?’
‘Sayang… sayang…’ Panggilan Daus tidak berjawab. Dia kerisauan..
‘Abang…’
‘Sayang…kenapa ni? Cuba bagitahu abang..’
‘Sayang muntah…’
Muntah? Isteriku sakit rupanya.
‘Sayang ada makan ubat tak?’
‘Dah…’
‘Dayang ada kat situ tak?’
‘Dayang dah balik petang tadi.’
‘Ni yang abang risau ni.’
‘Sayang tak apa-apa la bang… Abang jangan la risau.’
‘Macam mana abang tak risau, sayang tu dah la sorang, tak sihat pulak.’
‘Sayang okay je bang…’
‘Betul ni?’
‘Betul…’
‘Kalau macam tu sayang  jaga diri baik-baik tau. Abang nak bertolak balik dah ni. Minggu depan abang balik jumpa sayang ekk…’
Minggu depan? Lamanya terpaksa aku menunggu untuk melihat wajah suamiku…
‘Ha ah. Abang tu hati-hati tau.’
‘Abang rindukan sayang. Rindu sangat-sangat.’
‘Sayang pun rindukan abang… Kalau ada sayap, dah tentu sayang terbang pergi dekat abang.’
‘Okeylah sayang..abang gerak dulu tau…’
‘Hmmmm…’ belum pun sempat telefon dimatikan, Zainab muntah sekali lagi…dan Daus terdengar..

Zainab tertidur kembali setelah siap sembahyang Subuh. Kepalanya terasa berat. Pagi ini sudah berapa kali dia muntah. Nampaknya dia mengalami alahan untuk kandungannya yang pertama.
‘Sayang….’
Itu suara suamiku…
‘Sayang….’ Zainab bagaikan bermimpi…
Dia membuka mata perlahan-lahan. Tuhan, aku tidak bermimpi. Wajah suami yang dirindui ada di depan mata. Zainab bangkit dari tidur, menyalami suaminya.
‘Bila abang sampai? Sayang tak sedar langsung.’
‘Dah sejam abang sampai. Tak sampai hati abang nak kejutkan sayang. Sayang ni kenapa? Pucat je abang tengok.’
Daus mengusap pipi Zainab yang tidak bermaya.
Zainab tiba-tiba memeluknya.
‘Takkanlah sayang rindukan abang sampai sakit macam ni…’ Daus cuba berlawak.
‘Sayang ada sesuatu nak beritahu abang.’ Zainab merasakan loyanya hilang tiba-tiba.
‘Apa dia sayang?’
Zainab mengambil tangan Daus dan diletakkan diperutnya. Daus terpinga-pinga. Dia mengerutkan dahi. Tak faham.
‘Sayang mengandung!’ Zainab seperti berbisik.
Apa? Mengandung? Isteriku mengandung?
Daus menaikkan wajah Zainab memandangnya.
‘Apa sayang cakap? Sayang mengandung?’
Zainab hanya tersenyum dan mengangguk. Dia mengeratkan pelukan.
‘Alhamdulillah… terima kasih sayang. Terima kasih kerana memberi abang hadiah yang bermakna ni.’ Daus mencium Zainab bertalu-talu. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya di saat mengetahui benih cinta dia dan Zainab telah tumbuh di rahim isterinya.
‘Sayang nak makan rojak singapura. Boleh abang carikan?’
Rojak singapura? Di mana la pulak aku nak carik…
‘Boleh sayang. Nanti abang carikan.’ Mmmmmmmm sekudus ciuman dihadiahkan di dahi isterinya.
Rupa-rupanya ada hikmah dia datang hari ini. Bukan sekadar risaukan Zainab yang sendirian. Dia dihadiahi dengan sesuatu yang bermakna. Daus perlu merencanakan sesuatu. Dia saat Zainab mengandungkan anak mereka, dia tidak mahu berjauhan. Dia perlu sentiasa ada di sisi isterinya yang tersayang…

Stylish Thankyou

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]