Thursday, January 17, 2013

Jus Epal Asam Kulit Limau

 
 
Lama tak minum jus segar. Tak boleh ajak share, semua dah habis. Masa ke pasar malam cheq sue ada beli epal hijau, Granny Smith, rupa2nya memang masam sangat sampai tak termakan macam tu saja. Jadi cheq sue potong kecil2, letak dalam esbok dan buat jus. Istimewanya jus ini sebab ianya mengandungi masam asam kulit limau dengan aroma yang sangat menyenangkan. Kalau selalu kita gunakan asam boi untuk digandingkan dengan jus buah, penggunaan asam kulit limau ini pun tak kurang juga hebatnya.
 
Bila guna asam kulit limau ni, tak boleh letak banyak sangat sebab ianya akan mematikan rasa epal dan mendatangkan sedikit rasa pahit. Kalau sesiapa yang nak letak ais lepas kisar tu pun boleh, bergantung pada kesukaan masing-masing. Untuk jus ini juga cheq sue tak tapis, maksudnya diminum bersama dengan seratnya. Kalau tapis tu macam tak puas je minum jus...
Jadi pada kawan2 yang teringin nak rasa, silalah mencuba. Wassalam.
 
 
JUS EPAL ASAM KULIT LIMAU
Resepi : Cheq Sue
 
Bahan - bahan :
1 biji epal hijau (cheq sue bekukan dalam esbok)
1 sudu makan asam kulit limau
1 sudu besar gula
2 cawan air
 
Cara-cara :
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar halus (ambil masa juga sebab saya tak kupas kulit dan saiz asam yang agak besar)
Kalau suka, boleh tapis sebelum diminum
 
Stylish Thankyou

6 comments:

  1. time tenghari macam ni tengok air ni mmg sedap sngt ni cheqsu tapi hanya dpt jamu mata ja huhu

    ReplyDelete
  2. mesti sedap nie.pestime dgr sbb biasanya asam limau tue akk bland kering cicah n epal..pasnie lh cuba la..:)

    ReplyDelete
  3. Salam cheq....segar banget pekena jus epal ni...

    ReplyDelete
  4. kebetulan mmg ade stok asam kulit limau, harus try ni esok, hehe

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. Segar bila dinikmati ketika cuaca panas..

    ReplyDelete
  6. Sedapnya...segar dan dingin.lagi2 musim panas ni...slm perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot. com

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]