Jus Roselle Hitam
Pernah jumpa roselle hitam? Haaaaa, kalau tak pernah moh tengok gambar ni. Cheq sue pun 1st time jugak jumpa roselle ni di rumah seorang guru di sini. Rasanya tak beza sangat dengan roselle merah biasa tu, tapi cheq sue rasa agak kurang masam. Cuba jugak cari di internet pasal roselle hitam ni tapi tak ada maklumat pulak. Nanti cheq sue cuba buat perbandingan dengan roselle biasa.
Minuman ni pulak buat macam biasa aje, rebus dan masukkan gula. Kalau nak sejuk boleh letak dalam peti ais. Kalau suka boleh masukkan ais ketul. Ikutlah selera masing-masing. Oleh sebab cheq sue ambil sikit aje, cukuplah sekadar nak rasa.
Kat bawah nilah rupanya jus roselle tu, agak kehitaman sedikit. * Sekadar perkongsian. Wassalam.
JUS ROSELLE HITAM
Resepi : Cheq Sue
Bahan-bahan :
10 kuntum bunga roselle (asingkan dari bijinya)
5 cawan air
3 sudu besar gula
Secubit garam
Cara-caranya :
Satukan semua bahan dan rebus sehingga mendidih
Pasti nyaman dapat minum jus rosselle kan cheqsue...
ReplyDeletePernah tanam ROSELLE memang banyak buahnya, hari2 minum jus roselle, tapi lama2 pokoknya mati, tak tau kenapa
ReplyDeletememang best...