Saturday, January 5, 2013

Glory 78 Steamboat & Snack Corner, Brinchang

 
 
Dah lama terfikir nak buat entry berkaitan restoran atau kedai makan. Selalu banyak jugak makan kat sana sini, kurang2 kalau ada perkongsian boleh juga bagi maklumat dengan kawan-kawan. Jadi entry yang pertama berkaitan JJCM ni adalah sebuah restoran di Tanah Rata yang cheq sue kunjungi 2 Januari lalu. Sebenarnya dah banyak kali jugak melepak di situ. Jom kita tengok apa yang ada.
 
 
Main course kat restoran ni adalah steamboat. Harga per pack RM23 dengan minimum order 2 pack. Kandunganan steamboat seperti kat atas tu lah, ada macam2 jugak. Kesegaran lauk pun ok, cuma sayur macam yang di recylcle aje.
 
 Cheq sue ambil kuah tomyam. Pedas bagi yang tak suka cili. Tengok dapur tu macam tak pernah berlap. Dulu2 rasa tak macam ni.  Meja pun agak berminyak, tak lap bersih sampai pelanggan kena lap dengan tisu. Sedih..
 
 
 Chicken chop dengan mushroom sauce. Ada juga pilihan sos black peper.  Harga RM 16.90. Masa dapat ni makanan dah sejuk, ayam nampak sangat yang dipanaskan. Ada rasa masam, mungkin dari coleslow. Kuah sikit masin.Ada juga lamb chop, dengan harga x ingat, dalam RM19 kot. 

Strawberry milk shake. Rasa ok, tp macam susu yang banyak, strawberry kurang. Harga RM 6.90. Kacang goreng tu tak termasuk dalam order, tapi dihantar kemudian dicas RM2. Pelik kan, ingat dapat free rupanya berbayar. Taktik...

 
Ini pula mocha. Rasa ok, tapi bila dapat tu air dah suam, nak ke sejuk dah. Air pun nampak sikit dalam cawan tu. Sepatutnya dapat air panas tapi entahlah diorang ni buat bila. Harga lupa, dalam RM3 kot
 
 
Keadaan di dalam restoran. Environment ok, best untuk lepak2 sambil bersembang. Ada wifi, boleh online. Meja pula ada banyak pilihan.
 
Lokasi kedai ni adalah bersebelahan Hotel Fern, letaknya di tepi jalan menuju ke Tanah Rata, senang nak cari, parking pun mudah. Menunya selain steamboat dan western, ada juga hidangan nasi dan set high tea. Cuma kalau musim cuti, payah sikitlah. Meja & parking memang penuh. 
Keseluruhannya masa makan tu ok-ok sahaja. Kalau ada yang datang ke CH boleh la singgah ke sini. Cuba macam mana rasanya pula. Lain orang, lain pandangan. Selamat berhujung minggu. Wassalam.
Catatan : pandangan peribadi pelanggan.
Stylish Thankyou

4 comments:

  1. salam, teramat kecewa dengan service yang terlalu lembap, kotor. staff yang ada mungkin tak cukup atau juga tak cukup di ajar dan tak cukup pandai.....regret paying for it

    ReplyDelete
  2. salam, pada tarikh 28/9/2013 pukul 10.00pm .. saya dah keluarga bilangan 15orang (termasuk kanak2) datang ke restorant - STREAMBOAT SNACK CORNER ini utk makan steamboat, tetapi service di sini sangat2 MENDUKACITAKAN..pada waktu itu mungkin agak lewat sebab itu kami tanya dulu seorang pelayan disini masih boleh ambil order kah? then pelayan itu keta boleh. waktu itu kebanyakan pelanggan sudah mula beredar dan pelayan2 disitu hanya sibuk mengemas meja dan tidak fokus pada pelanggan yg baru sampai. Lebih teruk lagi staff2 dia bahagia kaunter dan dapur asik bergurau senda antara satu sama lain dan seakan tidak peduli setiap permintaan kami contoh nya utk menggabung kan meja dan mengambil order.
    ..

    ReplyDelete
  3. Jangan makan sini. Tak sedap langsung. Sup tomyam tak masam & pedas melampau. Sup biasa dia rasa blend je. Cheese cake dia uneatable. Rasa apa ntah. Rasa satu sudu & biar tinggal. Yg okay cuma tidbits kacang tu. BAD EXPERIENCE!!

    ReplyDelete
  4. https://plus.google.com/106922070975038994639/posts/SEnGneNSQDW

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]