Thursday, January 31, 2013

Siapa Tahu Nama Buah Ni?

 
 
Jom, kita asah minda sikit. Agak2 korang la apa nama buah ni? Cheq sue selalu tengok dalam food photography, memang unik dan class buahnya tapi tak tahu nama. Alkisahnya semasa latihan merentas desa (ikut trek sebenar), ada seorang mamat bangla tu bagi pada cheq sue, katanya boleh makan. Eh kita apa lagi, ambil ajelah, kalau nak beli saja-saja memang tak dapat la... Lagipun rasanya tak pernah lagi jumpa benda ni jual kat pasaraya...
 
 
Buah ni kan memang cantik betul sebagai props fotografi, menarik sangat pada mata cheq sue. Korang lak, camana? Yang sukanya bangla tu siap bagi pokoknya, tak tahu la panjang umur ke tidak, dah pun di tanam, harap2 hidup la dia, lepas ni kalau ada rezeki syok sikit nak bergambar. *_*
 
 
Keratan rentas buah tu, yang dah dingap oleh cheq sue. Rasanya tak la masam, ala-ala aja. Jadi, siapa yang dapat bagi jawapan tentang persoalan ni?
 
Stylish Thankyou

15 comments:

  1. Cheq Sue... kami panggil buah ni buah letup-letup, dalam bahasa kami (jawa) dipanggil cimplu'an, masa kecik dulu selalu makan kalau jumpa yang masak, pokok ni selalu tumbuh sendiri terutama di kawasan / kebun yang baru dibuka. Kalau masak rasanya manis. Sekarang susah nak dapat.....

    ReplyDelete
  2. Kakcik panggil buah leletup je, tapi tak pernah pula kakcik cuba makan buah ni. :)

    ReplyDelete
  3. aah.. sama ler kita cheq sue.. kita panggil buat letop letop... :) time kecik2 dulu suka benor cari buah ni.. menjalor2 atas pokok..

    ReplyDelete
  4. Buah leletop ke? nmpk cam menarik jer buah ni...

    ReplyDelete
  5. Saya makan buah ni satu - tiga biji je leh selebihnya macam tak berapa. Dia leh la sedap juga tapi lebih kepada wangi pada saya macam bila makan tu sekali rasa wangi buah tu. Ada masam2 sikit gak :-)

    ReplyDelete
  6. mmg cantik buat deco kek @ dessert sbb warna kuningnya yg memikat. Nama dia gooseberry.

    ReplyDelete
  7. akk pun panggil buah letup2..sedap..klu kt kg suka kutip tepi jlnn dulu2..skrg dh x der dah..

    ReplyDelete
  8. salam kak che su, saya tak tau nama buah ni tp dulu mmg banyak kat jengka. mmg kami makan. hehe..dan nak tau, kat jerman ni pon ada jual kat pasaraya hik hik hik

    ReplyDelete
  9. salam che su ... nak menyampuk gak. Zaman kecik2 dulu buah ni (LETUP-LETUP) kira buah rumput je..buat main2, kene pilih yang dah kuning kalau nak makan. Tapi sekarang ni tak pernah jumpa... kebun pun tak jejak, mana nak jumpa ....he3

    ReplyDelete
  10. Serius, kakpb tak pernah tengok buah leletop yg org2 komen atas ni. Jakun skjp. Mcm tomato je?

    ReplyDelete
  11. Aslmkum Cheq Sue
    buah ni mmg cantik buat prob.akk pun pernah mkn.

    ReplyDelete
  12. buah ni banyak kat kampung, masa kecik2 dulu..kitorang suka makan. kat tpt saya panggil "lalapakon", maksudnya lebih kurang letup2 lah tu dlm bahasa suku rungus (serumpun dgn kadazan dusun) di sabah. nama latin dia tomatilo ..ntah apa sambungan dia hehe

    ReplyDelete
  13. cuba google 'buah ciplukan'...saya pernah jumpa ni di pasaraya tapi spesis besar....rm16 satu kotak kecik macam saiz tapak tangan je kotak tu buahnya pulak sebesar ibu jari....ada kedai kek yg dah bubuh buah ni atas kek

    ReplyDelete
  14. sekitar tahun 70an banyak buah ni kat kebun dan selalu makan jugak bila jumpa tapi sekarang dah macam tak nampak buah ni

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]