Wednesday, April 8, 2015

Pokok Mahkota Dewa

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Di rumah saya ada sepohon pokok mahkota dewa, sejenis pokok herba yang banyak khasiatnya dalam perubatan tradisional.  Ianya sangat mudah tumbuh, namun saya tak pasti pokok di rumah ni ditanam dengan anak ataupun biji. Pokoknya tak besar sangat, umur dalam lingkungan 2 tahun je rasanya.

Pokok mahkota dewa juga sangat mudah berbuah walaupun tanpa penjagaan yang rapi.  Dari segi perubatan, yang saya tahu bahagian yang digunakan adalah daun dan buah. Meh kita tengok2 pada siapa yang belum kenal pokok ni..


Ada la setinggi saya pokoknya. Kalau tengok kan daun tu rasa nak ambil wat ulam je.





Daun.


Bunganya berwarna putih kecil... comel je tengok.


Buah. Keluar di dahan. Berbentuk bulat sedikit bujur. Bahagian biji di dalam buah ini beracun, jadi tak boleh di makan. Hanya bahagian kulit / isinya sahaja yang digunakan.


Buah yang separuh masak, kalau dah ranum warnanya merah terang.


Buah yang telah dibuang kulit dan sedia dikeringkan. Kalau tengok gambar bahagian bijinya dah dibuang. Bila dah belah buah ni terdapat jugak kerosakan oleh ulat...jadi kalau nak guna secara komersil tu kena la buat kawalan serangga.

Buah yang telah dikeringkan ni boleh dijadikan teh, dengan mencampurkannya ke dalam air panas atau dengan merebusnya.  Ia tiada rasa yang ketara, cuma sedikit payau. Saya ada la bawak dari rumah, memang sedap la minum, ringan je badan... Korang? Pernah try tak???


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. oooo senang je nk di jdkan ubat ngn keringkn je... sbb kt umah makcik dana ada tnm pokok nih kak... lebat buah nyer tp tak penah di endahkan pun

    ReplyDelete
  2. hehe..buah asal dr dewa2 tu...

    ReplyDelete
  3. Rumah i pun ada tp xpernah pakai

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]