Tuesday, April 28, 2015

Pucuk Ubi Goreng Belacan

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Kalau selalu pucuk ubi dimakan setelah dicelur, kali ni menu di up sikit dengan menggorengnya dengan belacan. Resepi ni di cuba setelah tak menahan godaan gambar yang ditunjukkan Wana... kebetulan pulak saya ada bawak pucuk ubi dari kampung jadi memang laju la mencuba. Siapa sangka kan.. pucuk ubi pun boleh je digoreng belacan, bukan kangkung atau kailan aje...


Setelah makan, memang rasanya sedap, cuma pada saya pucuk ubi ni mungkin perlu dicelur terlebih dahulu sebab yang saya buat ni agak keras, mungkin saya masak sekejap saja ataupun saya hirisnya agak besar. Apapun ini satu resepi yang menarik untuk dicuba.

TQ Wana...




RESEPI : PUCUK UBI GORENG BELACAN
SUMBER : redcarz.blogspot.com

BAHAN:

1 ikat pucuk ubi
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 batang serai, dititik
sedikit belacan
ikan bilis secukupnya
cili padi, banyak ikut suka
garam secukupnya

CARA:
Buang tangkai pucuk ubi dan bersihkan dengan air.
Tumbuk pucuk ubi hingga lumat. Jangan sampai hancur. Asingkan
Tumbuk bawang putih, bawang merah, ikan bilis, belacan dan cili padi.
Panaskan api, tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi hingga naik bau.
Masukkan pucuk ubi yang ditumbuk beserta garam.
Gaul sebati.
Tambahkan air jika perlu. Matikan api dan hidangkan.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

4 comments:

  1. Yelah biasa kakak masak lemak atau cecah sambal belacan
    Lain kali kakak cuba resepi ini.

    ReplyDelete
  2. dana selalu rebus sampai empuk tuh kak pastu msk tumis pedas... sedap jgk

    ReplyDelete
  3. Hmm satu kelainan.. tkde la asik masak lemak jer kan

    LatifahFazri

    ReplyDelete
  4. http://www.diarijejakahangat.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html

    Jom Join

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]