Wednesday, June 24, 2015

Buah Sawanila / Ciku

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera

Buah ciku atau lebih dikenali sebagai buah sawanila di kebanyakan daerah di negeri Kelantan adalah sejenis buah yang agak rare dan tak mudah diperolehi kecuali kalau musimnya datang dari Thailand. Rasanya memang tak perlu nak cerita lebih banyak sebab memang terkenal sedap. Saya sendiri memang menyukai buah ciku tetapi belum pernah beli kalau kat pasar tu.

Di rumah saya memang ada pokok ciku, yang ditanam oleh arwah atok. Baru2 ni memang lebat berbuah sampai tak habis makan. Tengok saja dalam pokok tu memang penuh dengan buah.


Nampak tak betapa banyak buahnya...





Antara buah yang dikuti. Buah ciku ni seperti juga buah manggis kalau jatuh ke tanah buahnya akan rosak bila masak nanti. Jadi terpaksalah kutip dengan tangan..


Bila dah kutip bahagian kulitnya perlu dibersihkan. Biasanya saya sapu guna sabut aje ataupun guna aje kain buruk. Tujuannya bila buah ni masak nanti senang sikit nak ngap...


Untuk membolehkan buah ni masak, perlulah diperam dengan daun kapal terbang ataupun daun semeru. Kalau nak guna karbait pun boleh tapi since benda ada kat rumah kan... free pulak tu kita guna ajelah...


"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

6 comments:

  1. Lama akak tak makan buah ciku..
    Mak akak pun ada tanam kat kg..
    Nanti balik nak tengok ada buah ke tidak ...
    Ohh itu petua nak peram ciku ni ye cheq sue..

    ReplyDelete
  2. sedapnya tengok buah ciku tu, lama sangat tak merasa

    ReplyDelete
  3. ni jenis ciku yg kecik ke jenis beso2 kak? kt umah mil pun ada buahnyer jenis beso2.... klu dpt balik time musim nyer mmg puas... tp selalunyer menantunya yg org johor ni je yg jakun nk suh petik ciku utk bwk balik kl... anak2 or menantu lain tak heran dh kui3

    ReplyDelete
  4. mmm.. lama tak makan ciku, dulu keliling rumah kami di kg dipenuhi pokok ciku, bila musim berbuah, jenuhlah kami petik, cuci dengan sabut kelapa, lepas tu simpan dua hari dalam tin, tutup ketat2... bila masak, kami bagi2 dengan jiran tetangga... sedapnya ciku, manis!

    ReplyDelete
  5. ASSALAMMUALAIKUM…

    Kami menawarkan katalog produk furniture jepara produk unik mewah mebel jepara ini banyak di minati konsumen Indonesia

    ReplyDelete

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]