Wednesday, July 22, 2026

D'Pergau Inn, Jeli

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera 

Setelah sekian lama, akhirnya sampai juga saya ke sebuah daerah yang bersempadan dengan Negeri Perak iaitu Jeli pada November 2025. Percutian singkat hujung minggu dengan niat nak meneroka dan merasai suasana berada di sana. Lokasi penginapan ini terletak berdekatan jalan besar Jeli-Grik dan sangat mudah nak jumpa. Teruja sebenarnya, sebab kebanyakan masa kita habis di sebelah hilir, jarang-jarang dapat berjalan ke hulu.


Mercu tanda.Sejuk je suasana walaupun saya sampai dah tengah hari. Barangkali jugak sebab dah hampir hujung tahun, maka cuaca pun bagai bersatu dengan alam. Kalau bukan sebab cuaca, biasanya kawasan hulu ni memang sejuk sikit sebab di situ kan berbukit bukau. Untung la kan dapat aircond semulajadi ^-^



Penginapan yang ditempah. Bilik kabin berdekatan sungai. Rupa-rupanya bilik ni toiletnya di luar! Kita tak ada masalah, bawak je lampu suluh kalau nak lepas hajat. Kiranya macam kembali ke zaman dulu-dulu. Kat rumah pun memang tandas di luar. Hehehe... Sebenarnya tak agak jugak tandas di luar, agaknya terlampau teruja dapat booking bilik... 😀


Sungai yang tenang dan kelihatan cetek tapi berbatu. Kalau nak mandi tu ditepi-tepi ok lah kalau tengah tu agak dalam jugak. Walaupun nampak tenang tapi sebenarnya arus dia sangat deras. Airnya jangan cakap la ye memang sejuk macam air batu..


Yang paling penting, kolam yang selesa untuk anak mandi. Tahu sajalah anak dara saya tu memang hantu air, langsung tak takut. Di sini ada 3 kolam dengan kedalaman yang berbeza. Ada 2 kolah pulak yang ada gelongsor, memang menarik perhatian sangat-sangatlah. Cuma kena beringat sikitlah sebab keliling kolam dipasang mozek, takut licin pulak nanti.

Kalau ada sesiapa yang nak cuba menginap di sini, bolehlah riki-riki di FB : D'Pergau Inn
InshaAllah bayaran sepadan dengan apa yang akan diperolehi. Saya sendiri sudah mencari tarikh yang sesuai, tapi saya asyik penuh saja....

"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:

Post a Comment

[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]