Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
~Draft post 2018 ~
~Draft post 2018 ~
Kek viral katanya...
Dah semua orang sibk dok cuba, dok berlegar legar di thread, saya pun taknak lepaskan peluang nak try jugak. Kebetulan ada stok blueberry, jadi gigih la pi carik strawberry nak buat kek ni. Yang pertamanya cari resepi mudah mudah dulu. Bila stalk IG Adik Danish Harraz, dia ada share satu resepi yang memang mudah sangat sangat, hanya godek godek gitu aje takyah guna mixer bagai.
Itulah yang kita nak kannn...

Masa tu buat tak tengok betul betul, tak baca betul betul, bila dah siap buah buahnya ada yang jatuh ke dalam. Bila buat post mortem, barulah tahu rupa rupanya buah yang saya guna tu tak dikeringkan betul-betul. Dahlah buah yang saya basuh tu tak dilap, saya gaul pulak dengan gula, maka berlebih lebih la pulak basahnya.

Keratan rentas di dalam tak ada masalah. Memang gebu, lembut, dengan kata lain menjadiklah. Cuma dek buah yang berair tu tadi menyebabkan kek ni pun agak terlebih moist. Selalu kalau buat pertama kali memang ginilah, tambah tambah kalau buat cara nak cepat or tergesa gesa.

Kalau dilihat kek saya ni tak ada buah peach. Sold out kau... habis stok buah tu di pasaran. Punyalah ramai orang dok beli kes kek viral ni. Yang saya guna buah blueberry, anggur, buah naga dan strawberry. Memana buah yang ada ajelah.
Kalau diperhatikan kek ni jugak agak tembam sebab acuan yang tak sesuai. Saya memang kekurangan loyang di CH ni, tu yang guna aluminium ni. Kalau kata buat 3 bekas jadi elok sikit. Ini mana adunan nak mengembang, dengan buah bertaburan di atasnya. Saya pun berdebar masa bakar, berharap jangan sampai melimpah dari acuan. He he he.. In Sha Allah next time nak cuba lagi, nak buat yang proper sikit. Dan yang penting nak cari buah peach, harap harap ada stok nak lengkapkan kek viral ni...
1 BOWL FRUIT PASTRY CAKE
BAHAN-BAHANNYA:-
226 grams Tepung Naik Sendiri
160 grams Gula Kastor
150 grams Salted Butter, dicairkan dan biarkan sedikit sejuk
160 grams Gula Kastor
150 grams Salted Butter, dicairkan dan biarkan sedikit sejuk
3 biji telur Gred A
100ml Buttermilk @ Sour Cream @ Yogurt (Danish guna homemade
Buttermilk. Caranya dibawah resepi ini)
1 suduteh Vanilla Extract
Parutan Lemon Zest dari 1 biji lemon parut kulit yg kuning
sahaja)
500 grams buah fresh yang kurang berair atau jika guna yg
dalam tin keringkan buah sebelum digunakan, dihiris dan gaul dgn 2 sudubesar
Gula Kastor.
CARA PENYEDIAANNYA:-
Preheat oven pada suhu 160°C. Gris baking tray saiz 9"
dengan butter, dialas dengan parchment paper. Jika guna bekas kecil cake akan
jadi tebal, tak cantik 😊
Dalam bekas, masukkan tepung naik sendiri, gula, melted
butter, telur, lemon zest, buttermilk dan vanilla. Kaup balik menggunakan
senduk kayu hingga semua rata dan sebati, jangan overmix, nanti cake tak moist.
Kemudian tuangkan kedalam baking tray. Ratakan permukaan adunan cake
Akhir sekali ambil buah yg telah dipotong, gaul bersama gula
halus, susun semua buah tadi atas adunan, jangan ditekan nanti senang
tenggelam. Dah siap, bakar dalam oven selama 40-50 minit, bergantung pada oven,
hingga cake masak tapi jangan overbake. Sejukkan diatas cooling rak. Sprinkle
dgn gula icing (optional)
NOTA: 1 Bowl Fruit Pastry Cake ini lebih sedap
selepas semalaman. Untuk menyimpan, simpan dlm bekas kedap udara dgn suhu
bilik. Kerana cake ini mengandungi buah-buahan, ianya akan bertahan selama 2-3
hari.
(HOMEMADE BUTTERMILK :
1 sudubesar lemon jus dituang dlm measuring cup.
Tuang fresh milk hingga bancuhan cukup 100ml, kacau rata. Biarkan 5-10 minit
sebelum digunakan)
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"

No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]