Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera
Orkid ni dah agak lama jugak saya bela. Bila berbunga Tuhan aje yang tahu betapa gembiranya hati. Tambahan pula bila tengok warnanya yang terang dan saiznya agak besar. Kalau nak cerita pasal orkid ni dah banyak yang lupa padahal masa di UPM dulu siap belajar 1 kursus lagi. Cymbidium ni kalau tengok sekali pandang macam anak-beranak lalang. Ada yang boleh tanam di tanah, ada yang gantung di pokok dan ada jugak menempel di mana-mana dahan.
Warna kuning terang dengan percikan merah ditengahnya. Bunga jenis ni tak ada bau walau ada sesetengah yang berbau. Saiz bunga pulak agak besar bila dah kembang sepenuhnya. Memang cantik tau, tapi sayang kembangnya tak lama.
Tangkai bunga jenis panjang. Bunga pun lebat. Kalau nak buat keratan sesuai sangat. Memang akan menarik pandangan.
Pokok ni saya beli dah siap tanam dalam pasu bersaiz remaja, dalam Shoppe aje. Jaga tak berapa lama jugak pun tengok-tengok dah berbunga. Dah kali kedua sebenarnya ni...Alhamdulillah jadi penyeri
"Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau lapangkanlah dadaku, tenangkanlah fikiranku dan permudahkanlah segala urusanku.... Amin"
.jpeg)


No comments:
Post a Comment
[Terima kasih kerana sudi menitipkan komen. Maaf seandainya saya tidak dapat membalas atau berkunjung ke blog anda...]